Sunday, April 11, 2010

HUKUM SHALAT BERJAMA’AH BAGI WANITA

Shalat berjama’ah di masjid wajib hukumnya, dimana keterangan masalah ini nampak sekali imbas bahawa shalat jama’ah seakan-akan diwajibkan bagi setiap muslim, baik lelaki mahupun perempuan. Padahal tidaklah demikian, ini kerana di dalamnya terdapat beberapa pengkecualian dan pengkhususan. Di antara pengkhususan itu adalah tidak diwajibkannya shalat berjama’ah bagi wanita. Hal itu sesuai dengan Ijma’ (kesepakatan) Ulama. Adapun dibolehkannya mereka ikut serta dalam shalat berjama’ah bukan bererti merupakan kewajipan bagi mereka sebagaimana yang telah dikatakan oleh Abu Muhammad bin Hazm rahimahullah; “Adapun bagi wanita maka hukum menghadiri shalat berjama’ah adalah tidak wajib. Dalam perkara ini tidak terdapat ikhtilaf di antara para ulama.”(Lihat Al Muhalla 4:196)

Sebaliknya wanita dianjurkan untuk shalat di rumahnya kerana fadhilah (keutamaan)nya lebih besar dibandingkan dengan shalat berjama’ah di masjid. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda kepada seorang wanita :
“Shalat di kamarmu lebih utama daripada shalat di rumahmu. Shalat di rumahmu lebih utama daripada shalat di masjid kaummu” (HR. Ibnu Khuzaimah)
Hadits tersebut tidak bertentangan dengan hadits yang berbunyi:
“Shalat di masjidku lebih utama seribu shalat dibandingkan dengan shalat di masjid-masjid yang lainnya” (HR. Muslim)

Berkata Syaikh Al Albani rahimahullah : “Hadits ini tidak menafikan bahawa shalat-shalat mereka (para wanita) di rumahnya lebih utama bagi mereka, sebagaimana tidak dinafikannya pula keutamaan shalat sunnah di rumah bagi lelaki dibandingkan jika dilakukan di masjid. Akan tetapi jika dia (lelaki) shalat fardhu di salah satu masjid yang tiga (Mekah, Madinah dan Aqsha), maka mereka mendapat keutamaan-keutamaan dan kekhususan-kekhususan dibandingkan shalat di masjid-masjid lainnya, demikian pula halnya bagi wanita.” (Lihat Jilbab Al Mar’ah Al Muslimah :156)

Di dalam hadits lain Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Janganlah kalian melarang wanita-wanita kalian (untuk pergi ke) masjid dan rumah-rumah mereka lebih baik bagi mereka” (HR. Ibnu Khuzaimah)

Berkata Imam Asy Syaukani rahimahullah ketika menjelaskan lafadz “Rumah-rumah mereka lebih utama bagi mereka“, maksudnya adalah “Shalat-shalat mereka (wanita) di rumahnya itu lebih utama bagi mereka dibandingkan dengan shalatnya di masjid. Jika mereka mengetahui yang demikian (pastilah mereka tidak meminta untuk keluar masjid). Akan tetapi kerana mereka tidak mengetahuinya, maka mereka (shahabiyah) meminta izin untuk keluar ke masjid dengan berkeyakinan bahwa pahalanya lebih banyak daripada shalat di rumahnya”(Lihat Nailul Authar 3:131).

Dari riwayat-riwayat di atas, para ulama mengistinbatkan hukum bahawa shalat wanita di dalam rumahnya lebih utama daripada shalat di masjid. Walaupun demikian mungkin akan timbul dalam benak kita suatu pertanyaan: “Manakah yang lebih utama, wanita shalat di rumahnya dengan berjama’ah atau shalat sendiri. Dan apakah shalat jama’ahnya akan mendapatkan seperti apa yang disabdakan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam (yakni lebih utama 27 darjat)?” Untuk menjawab pertanyaan ini terlebih dahulu kita melihat syarah hadits “Shalat berjama’ah lebih utama dibandingkan shalat sendiri dengan dua puluh lima (dalam riwayat lain dengan dua puluh tujuh) darjat. ” Apakah hadits tersebut bersifat umum bagi lelaki dan wanita?”

Syaikh Al Albani memberi komentar kepada hadits ‘Aisyah dan Ummu Salamah رضي الله عنهما yang mengimami para wanita di dalam shalat dengan perkataan beliau sebagai berikut : “Atsar-atsar ini baik untuk diamalkan, lebih-lebih jika dihubungkan dengan keumuman sabda Rasulullah bahawa para wanita itu serupa lelaki ‘. Namun penyamaan ini di dalam hal berjama’ah bukan di dalam keutamaan yang dua puluh lima atau dua puluh tujuh darjat.”

Daripada keterangan di atas, maka keutamaan dua puluh lima dan dua puluh tujuh darjat itu khusus untuk shalat jama’ah yang dilakukan di masjid, sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnu Hajar رحمه الله : “Bahkan yang paling jelas adalah bahawa darjat yang disebutkan itu khusus bagi jama’ah di masjid” (Lihat Fathul Bari 2:159). Hal ini berdasarkan hadits Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang ertinya: “Shalat seorang dengan berjama’ah dilipat gandakan ke atas shalatnya di rumahnya dan di pasar dengan dua puluh lima kali ganda. Hal ini dia perolehi apabila dia berwudhu lalu menyempurnakan wudhunya kemudian keluar menuju ke masjid. Tidak mengeluarkannya kecuali untuk shalat. Maka tidaklah dia melangkah satu langkah, kecuali diangkat baginya satu darjat dan dihapus daripadanya satu kesalahan dan tatkala dia shalat para malaikat terus menerus mengucapkan shalawat ke atasnya selama dia di tempat shalatya dengan doa: ‘Ya Allah, berilah shalawat atasnya, rahmatilah dia. Senantiasa salah seorang di antara kalian dalam keadaan shalat selama menunggu shalat” (HR. Bukhari dan Muslim)

Dengan demikian maka shalat jama’ah wanita di rumahnya tidak termasuk dalam keutamaan itu (dua puluh lima atau dua puluh tujuh darjat), tetapi mereka mempunyai keutamaan tersendiri baik dia shalat di rumahnya dengan berjama’ah atau tidak berjama’ah hal ini lebih utama daripada shalatnya di masjid. -Wallahu a ‘lam bishawab-

Adab-adab Wanita Ke Masjid

Keutamaan shalat wanita di dalam rumahnya sebagaimana telah dijelaskan di atas tidak menafikan bolehnya para wanita shalat berjama’ah di masjid, bahkan wali atau suami tidak boleh melarang mereka jika mereka hendak shalat berjama’ah di masjid, tentunya dengan beberapa syarat.
Telah menjadi ijma’ (kesepakatan) para ulama bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak mencegah sama sekali para wanita untuk shalat berjama’ah di masjid bersama beliau sehingga wafatnya. Demikian pula para Khulafa’ Rasyidin sesudah beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Apabila salah satu wanita di antara kalian meminta izin ke masjid, maka janganlah kalian cegah mereka”. (HR Bukhari dan Muslim) Dari Ibnu Umar رضي الله عنهما, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Janganlah kalian melarang hamba (para wanita) Allah ke masjid-masjid Allah” (HR. Bukhari)
Menyoroti hadits-hadits di atas, Imam Nawawi رحمه الله berkata: “Hadits ini dan yang semisalnya (menjelaskan) dengan jelas sekali bahawa wanita tidak dilarang pergi ke masjid. Akan tetapi dengan syarat-syarat yang telah disebutkan oleh para ulama’ yang diambil daripada hadits-hadits iaitu: Tidak memakai wangi-wangian, tidak tabarruj (berhias-hias, bersolek-solek), tidak memakai gelang kaki yang dapat terdengar bunyinya, tidak memakai baju yang mewah, tidak berikhtilat dengan kaum lelaki dan bukan gadis yang dengannya dapat menimbulkan fitnah, tidak terdapat sesuatu yang dapat menimbulkan bahaya di jalan yang akan dilewati. Apabila dia mempunyai suami atau tuan dan terpenuhi syarat-syarat yang disebutkan tadi, maka dimakruhkan melarang mereka ke masjid. Namun jika dia belum/tidak mempunyai suami atau tuan, maka diharamkan melarang mereka ke masjid apabila terpenuhi syarat-syarat di atas”. (Lihat Syarh Shahih Muslim 4:382-383).

Berkata Syaikh Abdul Aziz bin Abdillah bin Baaz رحمه الله: “Tidak diperbolehkan bagi si suami untuk mencegah isterinya yang hendak ke masjid, namun shalatnya (isteri) lebih utama di rumahnya dan wajib atasnya menjaga adab-adab Islam iaitu mengenakan pakaian yang menutupi auratya, menjauhi pakaian-pakaian yang tipis dan pakaian yang menampakkan lekuk tubuhnya kerana sempit, tidak memakai wangi-wangi, tidak ikhtilat dengan lelaki lain pada shaf mereka namun di belakang shaf mereka. Sungguh telah ada wanita-wanita pada zaman RasuluIlah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam keluar ke masjid dengan mengenakan jilbab-jilbab dan shalat di belakang kaum lelaki”. (Lihat Fatawa Al Lajnah Ad Daimah Lil Buhuts Al ‘Ilmiyah Wal Ifta 7:336)

Inilah syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh para ulama yang disyari’atkan kepada para wanita yang ingin ke masjid. Syarat-syarat ini diambil daripada hadits-hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, -Wallahu A ‘lam bis shawab-

Sholat Berjama’ah Bagi Wanita

Apabila kaum wanita melaksanakan shalat berjama’ah yang diimami oleh seorang wanita maka sebagian ulama memandang baik, hal ini berdasarkan beberapa riwayat diantaranya riwayat dari Raithah Al Hanafiyah :

أَنَّ عَائِشَةَ أَمـــَّتْهُنَّ وَقَامَتْ بــــَيْنـــَهُنَّ فِيْ صَلاَةٍ مَكْتُوْبــــَةٍ ( رواه الدارقطني(

“Bahawasanya Aisyah pernah mengimami wanita-wanita pada salah satu shalat wajib, dan beliau berdiri di antara mereka” (HR. Daraquthni) Diriwayatkan daripada Ummu Salamah رضي الله عنها:

أَنـــَّــهَا أَمَّتْهُنَّ فَقَامَتْ وَسَطًا ( رواه عبد الرزاق و البيهقى(

“Bahwasanya beliau (Ummu Salamah, istri Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam) mengimami para wanita; beliau berdiri di tengah (shaf)” (HR. Abdur Razzaq dan Al Baihaqi) Berkata Syeikh Jibrin hafizahullah: “Ada pun shalat berjama’ah bagi wanita maka hal tersebut tidak mengapa dan bagi wanita yang memimpin shalat tersebut berdiri di shaf ma’mum, namun mereka tidak mendapatkan keutamaan shalat berjama’ah sebagaimana yang diperolehi oleh kaum lelaki yang melaksanakan di masjid, dan tidak dibenarkan bagi seorang lelaki untuk meninggalkan shalat berjama’ah di masjid dengan alasan akan melaksanakannya secara berjama’ah di rumahnya bersama-sama dengan keluarga atau kaum wanita kerana mendatangi masjid untuk melaksanakan shalat fardhu adalah wajib bagi lelaki.” (Lihat Fatawa Islamiyah 1:363)

Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala memberikan taufiq dan hidayah-Nya kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat.

-Abu Abdirrahman-

Maraji’:
1. Jaami’ Ahkami An Nisaa’, Musthafa Al-Adawi.
2. Fatawa Al Lajnah Ad Daimah Lil Buhuts Al ‘Ilmiyah Wal Ifta

KEDUDUKAN UNDANG-UNDANG ISLAM DAN MAHKAMAH SYARIAH

Sejarah perkembangan undang-undang Islam di Malaysia
Sebelum Kedatangan Penjajah


Islam telah datang ke Kepulauan Melayu pada abad Pertama Hijriyyah bersamaan abad Ketujuh Masehi.1 Ini berasaskan dari laporan orang Cina dan penemuan kesan-kesan sejarah yang menunjukkan bahawa saudagar Arab Islam telah membuat penempatan dan menyebarkan Islam di Kedah dan Palembang.

Perkembangan Islam mula berlaku dengan pesat pada kelima belas Masehi melalui Empayar Kesultanan Melaka. Dalam masa yang singkat sahaja Islam telah tersebar ke seluruh Tanah Melayu, Pulau Jawa, Borneo, Sulawesi dan Mindanao.

Kedatangan Islam ini bukan sahaja mengubah sosio-budaya dan pemikiran masyarakat tempatan di Kepuluan Melayu bahkan juga telah membawa perubahan dari sudut perundangan dan pentadbiran. Bukti sejarah menunjukkan bahawa undang-undang Islam telah pun di amalkan di Tanah Melayu sebelum datangnya penjajah Barat. Perlaksanaan ini melibatkan hukum-hukum Islam secara menyeluruh berkaitan dengan jenayah, urusniaga atau muamalah, kekeluargaan, prosedur dan keterangan.


Kedudukan undang-undang Islam sebelum kedatangan penjajah British bukan sahaja diakui oleh ahli sejarah bahkan juga diiktifar oleh Mahkamah. Dalam kes Ramah lwn Laton2, Mahkamah Rayuan di Selangor telah membuat keputusan bahawa undang-undang Islam ialah undang-undang negeri dan mahkamah hendaklah mengiktiraf dan menggunakan undang-undang tersebut.

Penerimaan dan perlaksanaan undang-undang Islam juga jelas terbukti di dalam teks perundangan berkuatkuasa di negeri-negeri Melayu seperti Hukum Kanun Melaka yang juga dikenali sebagai Undang-undang Melaka.3 Sebahagian besar kandungan undang-undang tersebut berasaskan undang-undang Islam dalam semua bidang termasuklah soal jenayah, urusniaga, kekeluargaan, keterangan dan acara. Umpamanya terdapat hukuman hukuman bunuh balas atau qisas, hukum hudud seperti sebat atau rejam bagi kesalahan zina dan liwat, hukuman sebat ke atas kesalahan qadhaf atau menuduh zina tanpa saksi, hukuman mati bagi kesalahan murtad, hukuman potong tangan bagi kesalahan mencuri, hukuman sebat bagi kesalahan minum arak, kesalahan merompak sambil membunuh, dan hukuman mati bagi penderhaka. Hukum Kanun Melaka juga memepruntukkan hukuman berkaitan dengan hukum taazir dan diat di samping beberapa di samping beberapa peruntukan berkaitan dengan urusniaga atau muamalat seperti pengharaman riba, kesahihan sesuatu kontrak, kontrak jual beli, pinjaman dan amanah yang selari dengan hukum Islam.


Selain itu di dalam Hukum Kanun Melaka juga terdapat peraturan keluarga Islam yang meliputi soal wali bagi perempuan, akad perkahwinan, perceraian dan fasakh. Bahkan di dalam undang-undang itu juga terdapat undang-undang keterangan dan acara yang berasaskan hukum Islam seperti kesaksian, sumpah, pengakuan, adab dan kelayakan hakim, prosedur mahkamah serta timbangtara atau sulh. Tegasnya Hukum Kanun Melaka ini merupakan satu bukti yang jelas bahawa undang-undang Islam telah dilaksanakan di Tanah Melayu.

Oleh kerana Empayar Kesultanan Melaka meliputi seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan sebahagian dari Sumetera, maka pengaruh undang-undang Islam seperti yang terkandung dalam Hukum Kanun Melaka ini telah tersebar ke negeri-negeri Melayu lain. Ini termasuklah Undang-undang Pahang bertarikh 1596, Undang-undang Kedah bertarikh 1605, Undang-undang Sembilan Puluh Sembilan Perak dan Undang-undang Johor yang mula berkuatkuasa pada tahun 1789. Pada tahun 1914 pula kerajaan Johor menterjemahkan dan menguatkuasakan peraturan di dalam Majallat al-Ahkam iaitu undang-undang sivil Islam yang diamalkan oleh kerajaan Islam Turki.

Di samping itu terdapat juga bukti jelas perlaksanaan undang-undang Islam di negeri-negeri lain seperti Kelantan dan Terengganu. Bagi negeri-negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak, walau pun tidak terdapat bukti wujudnya undang-undang bertulis berasaskan Islam, kesemua negeri ini berada di bawah pemerintahan Sultan yang menganut agama Islam.

Zaman Penjajahan British

Perlaksanaan undang-undang Islam di negeri-negeri di Malaysia berjalan sehingga kedatangan penjajah British yang memperkenalkan undang-undang Inggeris bagi menggantikan undang-undang Islam. Cara penerimaan undang-undang Inggeris dan penghakisan undang-undang Islam adalah berbeza antara satu negeri dengan negeri yang lain. Perbezaan ini mengikut kategori negeri-negeri yang secara umumnya ia boleh di bahagikan kepada empat kategori iaitu Negeri-negeri Selat, Negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu Tidak Bersekutu serta Sabah dan Sarawak.


Bagi Negeri-negeri Selat Undang-undang Islam terhapus melalui penguatkuasaan undang-undang Inggeris secara total melalui Piagam Keadilan Pertama, Kedua dan Ketiga. Piagam-piagam ini menisytiharkan secara jelas penerimaan undang-undang Inggeris secara menyeluruh di negeri yang dikuasai British itu. Akibatnya penguatkuasaan undang-undang Islam yang sedia terpakai terutamanya di Melaka telah terhapus dan diganti dengan undang-undang Inggeris.


Sebaliknya di Negeri Melayu Bersekutu, penghapusan undang-undang Islam berlaku secara yang lebih licik iaitu melalui pemisahan antara ‘hal ehwal agama’ dengan urusan hidup yang lain. Melalui sistem Residen, Sultan dikehendaki menerima nasihat Residen dalam semua urusan kecuali dalam soal ‘hal ehwal agama Islam dan adat istiadat’. Pengertian agama Islam di sini telah disempitkan kepada urusan ibadat, undang-undang kekeluargaan, pewarisan, wakaf dan beberapa perkara lain yang termasuk di dalam kategori undang-undang peribadi. Sementara urusan jenayah, urusniaga, pentadbiran negeri, percukaian, undang-undang tanah, dan lain-lain berada di bawah bidangkuasa Residen Inggeris yang merujuk kepada undang-undang Common Law Inggeris. Selain itu pengaruh undang-undang Inggeris juga dikembangkan melalui penguatkuasaan beberapa undang-undang bertulis di negeri-negeri berkenaan.


Sementara di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, cara penyisihan undang-undang Islam juga hampi sama. Di sini Inggeris melantik pegawainya yang dikenali sebagai Penasihat bagi menguatkuasakan undang-undang Inggeris dalam semua urusan kecuali dalam urusan ‘hal ehwal agama’ dan adat istiadat.


Penyempitan maksud agama dan pemisahan agama dari urusan kehidupan ini adalah bertentangan dengan konsep Islam sebagai sistem hidup yang menyeluruh. Sistem pemisahan antara agama dan urusan hidup yang diperkenalkan oleh British ini menjadi titik tolak kepada struktur dualisme di dalam sistem perundangan Malaysia yang ada pada hari ini. Kesan penyisihan undang-undang Islam yang dilakukan oleh British ini memberi kesan yang besar dan berterusan sehingga sekarang.


Bagi Sabah dan Sarawak, walau pun telah menerima pengaruh Inggeris seawal tahun tahun 18824 dan 18425, undang-undang Inggeris hanya diterima secara rasmi pada tahun 19516 dan 19497. Akibatnya pengaruh perundangan Islam yang dilaksanakan oleh kedua-dua negeri ini melalui pemerintahan Sultan Brunei mula terhakis.


Secara ringkasnya, perlaksanaan undang-undang Inggeris di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak menyebabkan undang-undang Islam tidak lagi diamalkan seperti sebelumnya. Undang-undang Inggeris ini diperkenalkan oleh British melalui dua cara iaitu:


Melalui undang-undang bertulis iaitu dengan menguatkuasakan undang-undang baru yang bersumberkan undang-undang Inggeris seperti Kanun Keseksaan, Kanun Acara Jenayah, Kanun Acara Sivil, Enakmen Keterangan, Enakmen Kontrak dan Enakmen Tanah.
Melalui keputusan para hakim yang kebanyakannya terdiri dari hakim-hakim British. Mereka membuat penghakiman berdasarkan prinsip Common Law Inggeris dan mewujudkan prinsip perundang yang mengikat mahkamah di negeri-negeri Melayu.


Bagi memperkukuh pengaruh undang-undang Inggeris mereka telah menguatkuasakan Enakmen Undang-undang Sivil8 (sekarang dikenali sebagai Akta Undang-undang Sivil 1956) yang menyebabkan penerimaan prinsip Common Law dan peraturan-peraturan Ekuiti seperti yang ditadbirkan di England.


Akibat dari pengaruh Inggeris, undang-undang Islam hanya digunakan dalam urusan kekeluargaan, wakaf, pusaka dan kesalahan yang ada kaitan dengan keagamaan sahaja. Penguasaan undang-undang Inggeris ini berlarutan walau pun setelah negara mencapai kemerdekaan.

Selepas Merdeka

Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Pada tahun 1963, Sabah dan Sarawak telah bergabung dengan Tanah Melayu dan mewujudkan negara Malaysia. Undang-undang tertinggi bagi negara adalah Perlembagaan Persekutuan dan badan perundangan tertinggi adalah Parlimen yang terdiri daripada Yang Dipertuan Agung, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Menurut Perlembagaan Persekutuan, undang-undang tertinggi adalah perlembagaan itu sendiri dan mana-mana undang-undang yang bercanggah dengannya adalah terbatal setakat yang bercanggahan itu.9 Perlembagaan juga meletakkan urusan pentadbiran agama Islam dan undang-undang Islam di bawah bidangkuasa kerajaan negeri. ‘agama Islam’ yang dimaksudkan di sini dihadkan kepada perkara-perkara berkaitan undang-undang keluarga, wakaf, pusakan, serta pengurusan zakat, baitul mal dan masjid. Perlembagaan juga memasukkan peruntukan berkaitan dengan mahkamah Syariah di bawah bidangkuasa kerajaan negeri.


Kedudukan Islam dalam Perlembagaan

Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa agama Islam adalah agama Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Peruntukan ini menjadikan kedudukan agama Islam lebih istimewa dari pada agama lain. Namun demikian penganut agama lain tetap mempunyai kebebasan untuk menganut dan mengamal agama mereka. Mereka juga berhak untuk menyebarkan agama masing-masing kecuali jika terdapat undang-undang yang menyekat penyebaran apa-apa iktikad atau agama di kalangan penganut agama Islam.10

Walau bagaimana pun peruntukan ini tidak mempunyai kesan dari sudut perlaksanaan undang-undang Islam di Malaysia. Ini kerana perkataan ‘agama Islam’ di dalam Perkara 3 ini merujuk kepada maksud ‘agama’ seperti yang dipegang oleh Barat khususnya di kalangan pendokong fahaman sekularisme. Ini kerana Perlembagaan digubal oleh Suruhanjaya Perlembagaan yang dipengerusikan oleh Lord Reid. Sehubungan dengan itu maksud agama di dalam Perkara 3 ini hanya menyentuh hubungan manusia dengan Tuhan semata-mata tanpa melibatkan hubungan sesama manusia yang lebih luas. Dengan lain perkataan ia tidak memenuhi maksud Islam sebagai al-din atau cara hidup yang sempurna.11


Dalam kes Che Omar bin Che Soh lwn Pendakwaraya,12 tertuduh telah didakwa di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang boleh membawa hukuman mati mandatory. Dalam hujah pembelaannya tertuduh mendakwa bahawa tuduhan yang dikenakan ke atasnya adalah tidak sah kerana bertentangan dengan undang-undang Islam dan sekali gus bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. Hujah pembela itu ditolak oleh Mahkamah Agung. Tun Salleh Abbas KHN di dalam penghakimannya menyebut bahawa walau pun Islam adalah satu cara hidup, maksud agama Islam dalam konteks Perkara 3 perlu dilihat berasaskan sejarah dan penggubalan Perlembagaan serta peruntukan lain di dalam Perlembagaan terutamanya Perkara 4. Perkara 4 menyebut bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi dan mana-mana undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan adalah terbatal setakat yang bercanggah itu. Yang Arif menyimpulkan bahawa Islam dalam konteks Perkara 3 hanya meliputi soal upacara rasmi dan adat istiadat semata-mata.

Kes di atas menunjukkan secara jelas kedudukan agama Islam dari sudut perundangan. Secara keseluruhannya Islam tidak menjadi tonggak kepada sistem perundangan negara. Walau bagaimana pun masih terdapat ruang perlaksanaan undang-undang Islam dalam skop yang terhad melalui beberapa peruntukan lain terutamanya berkaitan undang-undang peribadi dan keluarga seperti yang terdapat di dalam Senarai Negeri Jadual Kesembilan.




Perlaksanaan undang-undang Islam melalui kerajaan Negeri

Walau pun Perkara 3 tidak menyebabkan perlaksanaan undang-undang Islam, terdapat beberapa peruntukan lain di dalam Perlembagaan yang menyentuh kedudukan undang-undang Islam iaitu Jadual Kesembilan yang membahagikan kuasa antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan.

Undang-undang Islam diletakkan di bawah Senarai Negeri. Ini bermakna kuasa perundangan dan pentadbiran undang-undang Islam adalah di bawah kuasa kerajaan Negeri. Badan yang berkuasa untuk membuat undang-undang berkaitan agama Islam adalah Dewan Undangan Negeri. Pada umumnya, Parlimen tidak berhak membuat undang-undang berkaitan agama Islam kecuali bagi Wilayah Persekutan.

Keadaan ini menjadikan tiap-tiap negeri perlu membuat enekmen tersendiri berkaitan perundangan dan pentadbiran Islam. Walau pun kebanyakan adalah hampir sama, namun terdapat juga perbezaan antara enekmen sesebuah negeri dengan negeri yang lain. Perbezaan undang-undang ini kadang-kadang menyebabkan timbil kelemahan dari sudut perlaksanaan undang-undang Islam ke atas penganut Islam di Malaysia.

Di samping itu skop undang-undang Islam yang boleh dikuatkuasakan oleh kerajaan negeri ini adalah terhad kepada perkara-perkara berbentuk undang-undang peribadi, undang-undang keluarga dan beberapa perkara lain seperti yang disebut oleh Senarai Negeri itu. Ini termasuklah hukum pewarisan, pertunangan, perkahwinan, perceraian, maskahwin, nafkah, pengambilan anak angkat, taraf anak, penjagaan anak, pemberian, pembahagian harta dan amanah bukan khairat, wakaf, amanah khairat, adat istiadat Melayu, zakat, fitrah, baitul mal, masjid dan surau.

Ia juga meliputi kesalahan jenayah syariah seperti yang berkaitan dengan rukun Islam serta peraturan bagi mengawal pengembangan iktikad dan kepercayaan antara penganut Islam, di samping perkara yang berkaitan dengan mahkamah Syariah seperti keanggotaan, penyusunan dan cara pentadbiran mahkamah tersebut.

Undang-undang yang meliputi perkara di atas juga terhad hanya kepada penganut agama Islam sahaja. Ia juga hanya boleh berkuatkuasa setakat tidak bercanggah dengan undang-undang Persekutuan.

Sistem Mahkamah Syariah
Bidangkuasa Mahkamah Syariah


Mahkamah Syariah adalah mahkamah dengan bidangkuasa khas bagi membicarakan kes-kes yang terletak di bawah bidangkuasa kerajaan negeri yang berkaitan dengan agama Islam sebagaimana yang terdapat di dalam Senarai Negeri, Jadual Kesembilan. Kewujudan Mahkamah Syariah adalah akibat sistem dualisme dalam pentatadbiran sistem kehakiman di Malaysia.


Sebelum kedatangan penjajah, kerajaan negeri-negeri Melayu terutamanya Melaka meletakkan kuasa mahkamah berasaskan undang-undang Islam dengan menjadikan Sultan sebagai tribunal rayuan tertinggi. Penjajah British telah mewujudkan Mahkamah Sivil yang berasaskan undang-undang Inggeris dengan bidangkuasa yang luas. Mahkamah Syriah diletakkan ditempat yang rendah dan mempunyai bidangkuasa yang terhad.


Selepas mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan meletakkan bidangkuasa Mahkamah Syariah di bawah kerajaan negeri. Ia hanya diberi kuasa untuk membicarakan perkara-perkara yang terdapat dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan iaitu bagi perkara yang meliputi undang-undang keluarga, zakat, wakaf, kasalahan berkaitan rukun Islam sahaja.


Ia juga hanya boleh membicarakan penganut agama Islam sahaja. Bidangkuasa jenayahnya pula terhad kepada hukuman penjara yang tidak melebihi tiga tahun, denda tidak melebihi RM 5,000 atau sebat tidak melebihi enam sebatan atau kedua-duanya sekali.13

Organisasi Mahkamah Syariah

Pada peringkat awal Mahkamah Syariah berada di bawah Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam tiap-tiap negeri. Bagi meningkatkan kecakapan Mahkamah Syaraiah, kebanyakan negeri sekarang telah memisahkan pentadbiran Mahkamah Syariah dari Majlis Agama Islam serta Jabatan Mufti.

Struktur Mahkamah Syariah terdiri dari tiga peringkat mahkamah iaitu Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah.

Mahkamah Rayuan Syariah adalah badan kehakiman syariah tertinggi yang dianggotai oleh panel yang dilantik oleh Yang Dipertuan Agung. Terdapat seorang Ketua Hakim Syarie yang mengetuai badan kehakiman Mahkamah Syariah. Struktur Mahkamah Syariah sentiasa dikemaskini dari masa ke mas bagi memenuhi keperluan masyarakat Islam di Malaysia.

Konflik Bidangkuasa Mahkamah Syariah-Mahkamah Sivil

Walau pun bidangkuasa Mahkamah Syariah telah ditentukan oleh Perlembagaan, namun terdapat beberapa kes yang menimbulkan pertindihan kuasa di antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil. Terdapat mahkamah sivil yang membicarakan kes yang sepatutnya tertakluk kepada bidangkuasa mahkamah Syariah.14


Perkembangan ini telah cuba diatasi pada tahun 1988 melalui pindaan15 Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan Parkara 121(1A) yang memperuntukkan bahawa Mahkamah Tinggi dan mahkamah bawahan awam tidak boleh mempunyai bidangkuasa berkenaan apa-apa perkara dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah.


Pindaan ini sedikit sebanyak telah mengangkat martabat Mahkamah Syariah dari campur tangan oleh Mahkamah Sivil. Ini terbukti dengan beberapa kes mahkamah yang diputuskan selepas pindaan tersebut.16


Walau bagaimana pun peruntukan ini belum mampu mengatasi sepenuhnya masalah pertindihan kuasa ini.Ini kerana masih terdapat ruang yang membolehkan Mahkamah Sivil membicarakan perkara yang tertakluk di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah.17 Di samping itu terdapat beberapa statut yang boleh menyebabkan konflik bidangkuasa di antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil.18

1) Syed Muhammad Naquib al-Attas, Preliminary Statement on a General Theory of the Malay-Archipelago, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1966, ms. 11

2 [1927] 6 F.M.S.L.R. 128; 2 J.H. 213

3) teks Undang-undang Melaka ini boleh didapati dalam beberapa versi yang diselanggarakan oleh orang yang berbeza. Antaranya adalah teks yang diselenggarakan oleh Liaw Yock Fang yang mengandungi 44 fasal. Rujuk Liaw Yock Fang, Undang-undang Melaka , The Hague: Maritimes Nijhoft, 1976

4) melalui penguasaan Syarikat (Berpiagam) Borneo Utara British ke atas Sabah

5 ) melalui perlantikan James Brooke sebagai Gabenor Sarawak

6 ) melalui Ordinan Perlaksanaan Undang-undang Borneo Utara 1951

7) melalui Ordinan Perlaksanaan Undang-undang Sarawak 1949

8) Enakmen Undang-undang Sivil 1937 untuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang kemudiannya diperluaskan perlaksanaannya ke negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu pada tahun 1951. Pada tahun 1956 diganti dengan Ordinan Undang-undang Sivil yang berkuatkuasa ke seluruh Tanah Melayu. Pada tahun 1971 ia disemak semula yang diperluaskan perlaksanaanya ke Sabah dan Sarawak.

9) Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan

10) Perkara 11

11) rujuk Para 169 Laporan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1956-1957

12 [1988] 2 MLJ 55

13) Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenaya) 1965 (Akta 355)

14) Contohnya dalam kes Myriam lwn Arif [1971] 1 MLJ 265, mahkamah memutuskan bahawa hak penjagaan anak keluarga Islam boleh diputuskan di bawah Akta Penjagaan Kanak-kanak 1966 dan perintah berkaitan dengnnya boleh dibuat oleh Mahkamah Sivil. Keputusan ini bertentangan dengan bidangkuasa mahkamah Syariah untuk membicarakan kes penjagaan anak orang Islam. Lihat juga kes Ainan lwn Syed Abubakar [1939] MLJ 219, Robert lwn Umi Kalthom [1966] 1 MLJ 163, Nafsiah lwn Abdul Majid [1969] 2 MLJ 174 dan Abdul Ghani lwn Sheriza [1989] 3 MLJ 153.

15 ) Akta (Pindaan) Perlembagaan 1988 (Akta A 704)

16) Kesan pindaan ini telah diiktiraf di dalam kes Mohamed Habibullah lwn Faridah [1992] 2 MLJ 798 apabila mahkamah memutuskan bahawa seorang isteri yang beragama Islam tidak boleh membawa tuntutan di Mahkamah Sivil untuk mendapat gantirugi dan injunksi terhadap suaminya yang dikatakan melakukan serang sentuh dan gangguan terhadapnya. Bahkan permohonan tersebut hanya boleh dimohon di Mahkamah Syariah memandangkan ia tertakluk kepada bidangkuasa Mahkamah Syariah.

17) Umpamanya dalam kes Sukma Darmawan Susmadjataat lwn. Ketua Pengarah Penjara Malaysia & SL [1999] 1 AMR 281, di mana Gopal Sri Ram HKR membuat keputusan bahawa Mahkamah Sivil Mempunyai bidangkuasa untuk membicara perayu yang dituduh melakukan kesalahan seks luar tabi’I di bawah Kanun Keseksaan walau pun terdapat Akta Jenayah Syariah yang memperuntukkan kesalahan liwat.

18) Contohnya Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 hanya terpakai untuk bukan Islam. Tetapi seksyen 51 Akta itu memperuntukkan bahawa jika salah satu pihak samada suami atau isteri memeluk Islam, pihak yang tidak memeluk Islam boleh mempetisyen untuk perceraian dalam tempoh tiga bulan dari pemelukan Islam itu. Peruntukan ini menjadikan seolah-oleh kemasukan Islam itu satu kesalahan yang membolehkan pihak lain memohon perceraian sedangkan pihak yang memeluk Islam itu tidak mempunyai apa-apa hak di bawah Akta tersebut.

Bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah

(1) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mempunyai bidang
kuasa di seluruh Negeri Selangor dan hendaklah diketuai oleh
seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.

(2) Walau apa pun subseksyen (1), Ketua Hakim Syarie boleh
bersidang sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan mengetuai Mahkamah itu.

Mahkamah Tinggi syariah Hendaklah:

(a) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan
semua tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam
tindakan atau prosiding itu adalah orang Islam dan tindakan
atau prosiding itu adalah berhubungan dengan—

(i) pertunangan, perkahwinan, ruju’, perceraian,
pembubaran perkahwinan (fasakh), nusyuz, atau
pemisahan kehakiman (faraq) atau apa-apa perkara
yang berkaitan dengan perhubungan antara suami
isteri;

(ii) apa-apa pelupusan atau tuntutan harta yang berbangkit
daripada mana-mana perkara yang dinyatakan dalam
subperenggan (i);

(iii) nafkah orang-orang tanggungan, kesahtarafan, atau
penjagaan atau jagaan (hadhanah) budak-budak;

(iv) pembahagian atau tuntutan harta sepencarian;

(v) wasiat atau alang semasa marad-al-maut;

(vi) alang semasa hidup, atau penyelesaian yang dibuat
tanpa balasan yang memadai dengan wang atau
nilaian wang, oleh seorang orang Islam;

(vii) wakaf atau nazr;

(viii) pembahagian dan pewarisan harta berwasiat atau
tak berwasiat;

(ix) penentuan orang-orang yang berhak kepada bahagian
harta pusaka seseorang si mati yang beragama Islam
atau bahagian-bahagian yang kepadanya masing-
masing orang itu berhak;

SELANGOR NO . 1 TAHUN 2003 40

(x) pengisytiharan bahawa seseorang itu bukan lagi
orang Islam;

(xi) pengisytiharan bahawa seseorang yang telah mati
itu ialah seorang Islam atau sebaliknya pada masa
kematiannya; dan

(xii) pentadbiran masjid-masjid; dan

(xiii) perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya
bidang kuasa diberikan oleh mana-mana undang-
undang bertulis.

Memahami Perkara 121 (1A) Perlembagaan

(dipetik dari Berita Minggu 15 Jan 2006)

TIDAK ramai yang mengetahui Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan. Bagaimanapun, kontroversi membabitkan bekas pendaki Everest, Allahyarham Mohammad Abdullah atau nama asalnya, M Moorthy, tiba-tiba menjadi perhatian bukan saja mereka yang terbabit dalam bidang undang-undang, malah masyarakat secara keseluruhan.

Apakah peruntukan ini sebenarnya dan kewajaran sesetengah pihak mendesak peruntukan ini dipinda. Wartawan Berita Minggu, ZIAUDDIN SHARUDDIN dan HAFIZAH ISZAHANID, mendapatkan pandangan pakar undang-undang Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Abdul Aziz Bari, untuk menghuraikan isu ini.


Kuasa Mahkamah Sivil dan Syariah

KETIKA Perlembagaan digubal pada 1956-1957, isu ini tidak timbul. Suruhanjaya Reid cuma membuat andaian bahawa ini bukan isu penting. Tetapi memang disebut dalam Perlembagaan seperti Perkara 145 menyatakan Peguam Negara tidak ada kuasa dalam Mahkamah Syariah, Mahkamah Tentera dan Mahkamah Anak Negeri. Ini sudah jelas memperlihatkan Perlembagaan mengakui kewujudan Mahkamah Syariah walaupun ketika itu belum disebut secara jelas seperti Perkara 121(1A).

Pada masa sama, Perlembagaan menyebut soal Mahkamah Syariah dalam Jadual Ke-9. Walaupun tidak memperincikan struktur bidang kuasa Mahkamah Syariah, tetapi menyebut perkara ini tidak boleh disentuh Peguam Negara kerana adalah kuasa Mahkamah Syariah.

Bukankah ini jelas mengiktiraf kuasa Mahkamah Syariah dan memang ada Akta Mahkamah Syariah 1965, yang menyebut secara terperinci bidang kuasa dan batasan mahkamah itu. Undang-undang sudah mengakui secara jelas perkara itu. Tidak timbul perlu dijelaskan kerana sudah jelas. Bagi mereka yang tahu, memang sudah jelas. Bagi yang tidak tahu, kita hendak kata apa? Kena belajarlah.

Kesan Perkara 121(1A) dipinda

PINDAAN pada 1988 dibuat selepas bertahun-tahun seminar serta ketetapan dan seruan dibuat supaya mengelak konflik. Pindaan itu secara hitam-putih mengatakan tanpa ragu-ragu kamu tak boleh. Ini untuk mengelakkan kedegilan dan kemungkinan campur tangan yang tidak munasabah. Ada kes sebelum 1988 menunjukkan Mahkamah Sivil menghormati kes-kes Mahkamah Syariah, tetapi ada hakim yang menunjukkan mereka mengatasi kuasa Mahkamah Syariah.

Jika dipinda kesan politiknya cukup besar. Ini bermakna kita berundur ke belakang. Kita mengungkai semula perkara yang sudah disimpulkan dan mengaburkan yang sudah dijelaskan. Kita akan berdepan persoalan bahawa adakah kita akan berundur ke belakang dari segi pelaksanaan Islam. Apatah lagi dalam keadaan pelaksanaan Islam tidak mengganggu dan menafikan hak sesiapa.

Apa yang dilihat sekarang seolah-olah Perkara 121(1A) mengancam kedudukan bukan Islam. Ini tidak timbul sama sekali. Yang jelasnya begini, apakah yang menyebabkan mereka gusar dan tidak senang hati.

Walaupun yang keluar (murtad) menjadi duri dalam daging bagi umat Islam, tetapi sebenarnya yang memeluk Islam lebih ramai. Mungkin dipersoalkan mengapa orang Islam bising jika yang masuk lebih ramai dari yang keluar. Tetapi kami tidak pernah memaksa seseorang memeluk Islam. Tetapi kalau sudah masuk, dia tidak boleh keluar begitu saja. Ada caranya, bukan keluar masuk seperti tukar baju saja. Ini yang menjadi masalah.

Begitu juga dengan seruan supaya orang bukan Islam berkahwin dengan orang Islam tanpa menukar agama. Ini tidak boleh diterima kerana apa pun orang kata, Islam mempunyai peraturan yang jelas dalam semua hal. Sama ada berkahwin atau mati. Ini sesuatu yang istimewa. Orang Islam hingga kiamat, siapa yang mahu mengahwini orang Islam perlu memeluk Islam. Kalau tidak jangan kahwin.

Jangan lupa bahawa negara ini asalnya adalah Melayu dan Islam. Inilah yang paling kukuh dari sudut undang-undang. Jadi kalau kita masuk reverse gear akan timbul persoalan, siapa orang Melayu sekarang? Jangan lupa bahawa dalam Perlembagaan, Melayu dan Islam tidak boleh dipisahkan. Ini bermakna seorang Melayu yang murtad tidak boleh menjadi Melayu lagi.

Isu pindaan tidak sepatutnya sensitif

SENSITIF bergantung kepada keadaan dan saya fikir selepas hampir 50 tahun merdeka, isu begini tidak sensitif lagi. Kita kenalah matang sedikit dan dalam keadaan bukan Islam menuntut itu dan ini, mereka harus terbuka dan rasional. Berhujah dengan matang dan memberi bukti sepatutnya. Saya fikir ini sesuatu yang boleh dilakukan.

Mengenai kawan-kawan bukan Islam kita, saya rasa mereka jangan takut kalau orang Melayu-Islam menyebut soal sejarah kerana hak mereka sendiri pun dalam Perlembagaan banyak bergantung kepada sejarah. Hak kewarganegaraan dan hak mengundi umpamanya adalah sejarah. Jadi soal sejarah bukan sesuatu yang menyebelahi orang Melayu-Islam saja. Sejarah juga memberikan hak kepada orang bukan Melayu dan bukan Islam.

Jahil mengenai Perlembagaan

SEBENARNYA saya berpendapat, isu ini bukan masalah undang-undang dan Perlembagaan, tetapi kefahaman masyarakat sendiri, sama ada jahil atau tidak mengetahui kedudukan sebenar.

Malangnya kejahilan atau ketidaktepatan maklumat itu dijadikan sebagai modal untuk menghurai dan mengulas perkembangan semasa. Kekeliruan ini menyebabkan kekeliruan seterusnya, sedangkan kedudukan undang-undang dan Perlembagaan cukup jelas.

Sebenarnya pindaan yang dibuat pada 1988 menjelaskan pindaan yang sudah berlaku. Pindaan itu menyatakan Mahkamah Sivil tidak ada kuasa pada hal-hal yang dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah. Saya berpendapat perkara ini jelas dan tidak menimbulkan kesamaran. Sebelum pindaan pada 1988, telah ada kes mahkamah berkaitan isu ini.

Pada 1982, Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas, berkata Mahkamah Sivil mesti menghormati mereka yang terdidik dalam bidang syariah. Ini berdasarkan Mahkamah Sivil tidak ada kepakaran dan pengetahuan bagi menangani masalah yang sepatutnya dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah. Apabila pindaan dibuat pada 1988, kita boleh mengatakan hakikatnya, Parlimen hanya memaktubkan apa yang sudah berlaku.

Jangan lupa Mahkamah Syariah wujud lama sebelum Perlembagaan digubal. Apabila kita bercakap mengenai Mahkamah Syariah khususnya dan Islam umumnya, ini adalah satu kenyataan yang harus diterima oleh semua orang, termasuk bukan Islam.

Kita jangan termakan dengan hujah bahawa Mahkamah Syariah diberi kedudukan lebih tinggi atau mengatasi Mahkamah Sivil. Itu tidak betul! Sebenarnya Mahkamah Sivil tidak ada kuasa dalam isu membabitkan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Tentulah berbeza hujah dan dakwaan bahawa Mahkamah Syariah mengatasi kuasa Mahkamah Sivil. Ini dua perkara yang berbeza. Sama juga bahawa Mahkamah Sivil tidak ada kuasa membicarakan kes-kes membabitkan kuasa Mahkamah Tentera, Mahkamah Anak Negeri dan Mahkamah Perindustrian.

Ini soal bidang kuasa! Mahkamah Sivil adalah institusi yang diwujudkan dan diletakkan di bawah Perlembagaan. Kalau Perlembagaan mengatakan ini di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah, Mahkamah Sivil kena patuh.

Kebebasan beragama tidak dipertikai

TIDAK timbul soal menafikan hak bukan Islam kerana Mohammad Abdullah adalah Islam dan seperti kes lain, tidak ada sesiapa memaksanya memeluk Islam. Timbul gambaran bahawa sekarang ini kedudukan atau hak kebebasan beragama, terutama bukan Islam diancam. Ini tidak betul kerana struktur Perlembagaan memberikan ruang kepada kebebasan beragama.

Persoalan penting sekarang ialah Mahkamah Syariah diberikan kuasa untuk menangani isu yang terletak dalam bidang kuasanya. Tidak timbul Mahkamah Syariah mengambil atau menafikan hak bukan Islam.

Ini bukan usaha memaksa orang bukan Islam memeluk Islam. Ini ialah keadaan orang Islam kena patuh kepada ajaran Islam. Ini sudah lama disebut dalam Perlembagaan. Walaupun tidak secara jelas, tetapi sudah ada pengkhususan kuasa diberikan kepada kedua-dua mahkamah. Jika orang Islam mencuri atau membunuh, itu tugas Mahkamah Sivil.

Mengenai soal agama seperti nikah cerai dan murtad, itu kuasa Mahkamah Syariah dan ini sudah lama diakui Mahkamah Sivil. Soalnya sekarang, apakah Mahkamah Sivil mempunyai kepakaran menangani soal agama? Selain soal-hitam putih undang-undang, adakah Mahkamah Sivil boleh menangani persoalan mengikut undang-undang lain?

Kalau kita perhatikan, orang yang tak faham Islam dan tak faham adat Melayu pun orang yang setiap hari bergaul dengan orang Melayu. Soal ini bukan remeh-temeh, tetapi memerlukan huraian dan kematangan. Mungkin masih dianggap sebagai sensitif dan menakutkan, tetapi sebagai negara yang sedang berkembang, kita harus menerima ada ketika tertentu, kita harus bersedia berdepan secara terbuka untuk menjernihkan hak yang selama ini yang taken for granted.

Mungkin ada yang anggap tak payah diperjelaskan kerana semua sudah faham tapi rupa-rupanya masih ada perkara tertentu yang masih tak jelas atau barang kali sekarang timbul suasana baru yang mungkin barang kali meminta kita memberikan huraian lebih mendalam. Sekarang ini banyak perkara baru yang timbul. Dulu orang Melayu kahwin sesama orang kampung. Dia tidak kahwin orang jauh.

Sekarang orang Melayu duduk di bandar dan kondominium. Sudah ramai orang Melayu mengahwini bukan Melayu. Maknanya interaksi antara kaum begitu lumrah. Soal hubungan antara orang Islam dan bukan Islam memerlukan kematangan kerana membabitkan soal status dan agama. Bagi saya, orang Melayu kena belajar, lebih matang dan tahu siapa mereka.

Hikmah kepada umat Islam

INI sesuatu kemungkinan yang menarik untuk diperhatikan. Tetapi saya tidak nampak semua ini boleh dibuat secara mudah. Kita perhatikan kalau perkara lebih kecil seperti Rang Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) (Pindaan 2005) pun tidak mudah ditarik balik, apatah lagi yang membabitkan pindaan Perlembagaan yang memerlukan majoriti dua pertiga. Bagaimana hendak membuka simpulan yang sudah lama terpahat dalam Perlembagaan dan juga mengingati bahawa pindaan itu sekadar mengesahkan perkara yang sudah wujud?

Tentulah lebih susah. Jadi maknanya dalam keadaan sudah ada Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia sekarang, maknanya di peringkat Persekutuan pun sudah ada rangkaian atau hierarki Mahkamah Syariah yang pada saya sudah memperkukuhkan kedudukan mahkamah ini, saya tidak nampak bagaimana perkara ini boleh dirungkai kerana kesannya cukup banyak.

Pihak berkuasa dan semua pihak perlu memberikan gambaran yang betul. Saya lihat tidak ada satu percubaan serius menerangkan kedudukan sebenar Perkara 121(1A). Apakah sejarah dan hakikatnya? Malah kita lihat seolah-olah hendak merungkaikan perkara itu yang saya fikir tidak betul dan akan menimbulkan masalah lain yang lebih besar. Kita perlu perjelaskan bahawa kedudukan dan hak orang bukan Islam tidak terancam.

Bagaimana hendak terancam kalau mereka yang mengambil keputusan memeluk Islam, ini adalah secara sukarela dan tanpa dipaksa? Dalam kes Mohammad pun ada perkara dan fakta tertentu yang mesti diketengahkan supaya keadaan dapat dijernihkan. Tidak timbul soal pihak yang berkenaan tidak mengambil berat tentang kebajikan si mati. Cuma keadaan barangkali ialah kita tidak dapat mengalahkan takdir dan mungkin ada hikmahnya di sebalik peristiwa itu.

Isu yang dibangkitkan ini menyebabkan kita mempelajari balik khazanah sejarah kita yang sebelum ini kita fikir tidak ada sebarang kepentingan. Di sinilah pentingnya Perlembagaan dilihat dalam konteks yang lebih luas dan mendalam supaya Perlembagaan tidak dilihat hanya sebagai sesuatu yang boleh ditulis dan dipadam. Kalau ini kefahamannya, bahaya! Negara dan masyarakat mana pun, Perlembagaan adalah suatu pernyataan nilai, komitmen, tolak ansur dan sejarah.

Kalau Perlembagaan dilihat sebagai sesuatu yang boleh dipinda, diubah dan dimasukkan yang baru, ini bahaya kerana ini menyebabkan Perlembagaan bergantung pada kekuatan. Siapa yang ada lebih sokongan, duit dan lobi akan mendapat kehendak mereka dimaktubkan. Kedua, Perlembagaan harus dilihat sebagai suatu yang tertanam dalam masyarakat dan tidak boleh Perlembagaan dilihat sebagai di Parlimen semata-mata.

Sebab itu Perlembagaan harus disebarkan supaya semua orang faham. Saya katakan hikmah sebab semua pihak ingin tahu apakah Perlembagaan, apakah peruntukan itu sedangkan perkara ini sudah lama wujud. Pindaan itu dibuat pada 1988 dan baru sekarang, sesetengah orang baru nak tahu. Ini saya rasa satu hikmah, kesempatan yang baik mempelajari semula. Bukan ganjil sebab kalau sebut peguam pun, kalau kerjanya hari-hari hanya menangani soal perjanjian sewa beli rumah, mereka pun tak tahu perkara ini kerana ini tidak ada keuntungan dari segi kewangan! Sebab itu kadang-kadang di kalangan peguam sekali pun berpinga-pinga.

Perlembagaan perlu ada keseimbangan

SAYA tidak nafikan isu ini akan timbul lagi. Perlembagaan seperti perkara lain ia harus berubah dan menyesuaikan diri dengan kehendak dan keadaan semasa. Walaupun Perlembagaan memaktubkan perkara yang dipersetujui, tetapi manusia ini berubah. Apa yang dipersetujui 50 tahun dulu terpaksa dilihat kembali 100 tahun lagi. Ada perkara yang tidak boleh kita lupakan, Perlembagaan adalah satu rakaman, gambaran sejarah lalu. Perlu ada keseimbangan antara mengambil kira perkembangan semasa dan baru dengan keperluan lama.

Dalam soal Islam dan hak keistimewaan Melayu memang perkara yang sentiasa menimbulkan ketegangan. Oleh kerana masyarakat berubah dan dalam dunia global ini tidak dapat dielakkan. Pengaruh dan pemikiran dari luar memang sentiasa mempengaruhi kita. Kita sendiri pun perlu menyesuaikan dan mengambil kira apakah pandangan itu sesuai dengan kehendak semasa.

Hakim Mahkamah Sivil yang bukan Islam pun kena memahami undang-undang Islam. Hakim Islam lebih lagi. Mereka yang terbabit dengan undang-undang Malaysia, sama ada ahli akademik, pengamal undang-undang dan rakyat secara keseluruhan perlu memahami undang-undang Islam. Ini bukan untuk memeluk Islam, tetapi mengetahui apa Islam kata mengenai isu begini.

Seperti di Mahkamah Sivil, jika tidak tahu Islam mungkin akan membuat keputusan yang tidak adil dalam keadaan yang membabitkan pihak beragama Islam? Sebagai hakim, ada satu kelebihan jika mengetahui undang-undang asal negara ini.

Ini perkara yang perlu ditekankan. Hakim dan peguam sama ada di Mahkamah Syariah atau Sivil perlu tahu undang-undang Islam. Paling tidak sebagai perbandingan dan sebagai satu sumber untuk membaiki undang-undang sedia ada. Islam pada saya boleh dijadikan satu sumber untuk reformasi undang-undang negara supaya lebih baik dan adil. Begitu juga undang-undang Hindu dan Cina pun, apa salahnya kita belajar? Hakim Mahkamah Syariah juga kena tahu Perlembagaan dan undang-undang sivil untuk kesempurnaan. Sebagai pengajaran dan iktibar, apa salahnya?


FAKTA

Mengapa Perkara 121(1A) tidak perlu dipinda?


• Kuasa Mahkamah Syariah diperakui sejak Perlembagaan mula-mula digubal.

• Kedudukan sekarang jelas dan membuat pengkhususan bidang kuasa Mahkamah Sivil dan Syariah.

• Perkara 121(1A) menjelaskan kekeliruan masa lalu.

• Pindaan akan mewujudkan lebih kekeliruan dan menimbulkan kesan sosial dan politik yang sangat hebat.

• Kes Mohammad yang mencetuskan kepada isu pindaan tidak membabitkan Perkara 121(1A), tetapi akibat Hakim Mahkamah Syariah menolak untuk mendengar hujah peguam bukan Islam, diikuti keputusan Mahkamah Tinggi (Sivil) tidak mempunyai kuasa mendengar kes itu.

Apakah yang terkandung dalam Perkara 121(1A):

• Mahkamah yang disebutkan dalam Fasal (1) – iaitu Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak – tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan apa-apa perkara dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Wednesday, April 7, 2010

JOM BELAJAR SCUBA DIVING


NAUI Scuba Diving couse will be held at Salang dive site, Tioman through out the year of 2010. Course conducted by experiece NAUI Instructor. Zureen Yusof (Advance Scuba Diver) is a coordinator for this course and she will be with U all the time at the dive site and also during a diving activity. Let's come and become a NAUI Scuba Diver.

Our Promise to You

The combination of exceptional leadership, sound educational materials, and true concern for the individual, has resulted in the most respected safety record in the recreational diving community. So, when you enroll in a NAUI diving program, you can be assured you're receiving the finest diving education available. Our instructors won't accept anything less... and neither should you.

In the list below you'll discover the many fine programs offered by NAUI. For complete descriptions, prerequisites, course schedules and course fees, contact mutiarakasihjb@yahoo.com @ mutiarakasihjb@gmail.com

The NAUI Progression of Training :

6> NAUI SCUBA instructor

5> NAUI leadership certifications

* Divemaster

* Skindiving

* Assistant Instructor

4> Master SCUBA Diver

* master Scuba Diver

3> Advanced SCUBA Diver/Junior Advanced SCUBA Diver

2> SCUBA Diver/ Junior SCUBA Diver

1> Skindiver/ Junior Skindiver


NAUI TECHNICAL DIVER COURSE

* Introduction to technical diving

* Technical support Leader

* Technical EANx Diver

* Heliair Diver

* Cavern Diver

* Cave Diver

* Ice Diver

* Wreck Penetration Diver

* Trimix Diver

* Closed circuit Rebreather Diver

NAUI SPECIALTY DIVER & RECOGNITION COURSES

* Night Diver

* Underwater Environment

* Search & recovery Diver

* underwater Photograhper

* Underwater Ecologlist

* SCUBA Rescue Diver

* Training Assistant

* Dry Suit Diver

* Deep Diver.

* Nitrox Diver

more...............




Pembahagian 'Urf Qawl Dan 'Urf 'Amali Umum Dan Khusus

Amma baid : Dalam kajian ini kita akan tahu tentang subjek Siasah Syariyyah yang akan saya kupaskan setelah saya meneliti kandungan kitab dari karangan oleh Abdul ala’li Ahmad Atu’wah dalam bahasa Arab dan teks asal kami terjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh saya mahasiswi Siasah Syari’yyah dalam kertas kerja saya ini.

Telah banyak diperkatakan tentang politik dalam Islam. Malah Malaysia sendiri diakui sebagai sebuah Negara yang mana Islam menjadi agama rasminya.

Sesungguhnya syariat Islam datang untuk menbahagiakan manusia dan tidak sekali-kali untuk menyusahkan dan memudaratkan manusia. Seterusnya, membawa mereka kepada suatu cara hidup yang penuh dengan kebaikan dan kemanfaatan bagi individu dan masyarakat. Hukum –hukum syarak yang dibawa oleh Islam untuk mencapai matlamat ini ialah melalui dua cara. Satu darinya nas syari’yyah yang terdapat dalam Al-Quran Nul Al-karim dan As-Sunnah Al- Nabawiyyah. Kedua dengan isyarat yang lain kepada beberapa hukum dan rujukan kepada sumber-sumber syarak yang lain seperti Ijma’ qiyas, istislah dan ‘urf.

Di antara sumber ikutan yang menjadi pertikaian para fuqaha ialah ‘urf dan adat. Sebenarnya ia merupakan salah satu sumber penting yang telah meninggalkan kesan yang begitu besar dalam sejarah pembinaan hukum Islam. Ramai di kalangan ulama yang berpegang kepada ‘urf dan darinya juga lahir beberapa prinsip Usul Al- fiqh dan Al- Qawaid Fiqhiyyah yang menjadi asa pembinaan beberapa hukum syarak.

Dalam penterjemahan kami ini ia tertumpu pada tajuk yang telah diberikan oleh pensyarah kami iaitu pembahagian ‘Urf Qawl Dan ‘Urf ‘Amali Dan Umum Dan Yang Khas.

‘Urf dari segi bahasa asalnya ialah ma’rifah. Kemudian digunakan dengan pengertian “ sesuatu yang ma’ruf , yang biasa diamalkan yang dikira baik dan diterima oleh Akal yang sejahtera”.

‘Urf dan adat dari segi bahasa diambil dari perkataan العود أو المعاودة dengan makna berulang kali. Ia merupakan nama kepada pengulangan perbuatan berkali-kali sehingga menjadi mudah dilakukannya seperti tabiat.

Bagi ulama Usul fiqh mentakrifkan adat sebagai :

الأمر المتكرر من غير علاقة عقلية

Ertinya : “Perkara (yang dilakukan) berulang kali tanpa mempunyai hubungan Aqliyyah”.

Jelas dari takrif diatas bahawa adat pada istilah mempunyai suatu pengertian yang syumul dan luas ruang lingkupnya. Ia lebih umum dari ‘urf, kerana ia merangkumi adat yang lahir dari faktor tabiie , adat individu dan adat orang ramai yang dikatakan ‘Urf itu.

Bagi tokoh ulama yang terkini seperti Dr. Abd al-Karim Zaydan , beliau menegaskan dengan katanya yang bermaksud :

‘Urf itu adalah sesuatu yang telah menjadi kebiasaan kepada masyarakat

Dalam kehidupan harian sama ada perkataan mahupun perbuatan. Maka

‘urf dan adat menurut pandangan fuqaha member erti yang sama. Apabila

Mereka berkata “ Hukum ini sabit dengan ‘urf dan adat bukanlah bererti

adat itu berlainan dengan ‘urf. Bahkan kedua-duanya itu satu maksud

sahaja. Sebutan kalimah adat itu bertujuan untuk mengukuhkan sahaja.


1. PEMBAHAGIAN 'URF QAWL DAN 'URF 'AMALI

UMUM DAN KHUSUS

Pengertian ‘Urf Qawli:

‘Urf Qawli dan Adat resam ialah seperti kebiasaan manusia bahawa dalam melafazkan “Al- Walad” yang menunjukkn anak lelaki bukannya anak perempuan. walaupun dari segi bahasa ianya merangkumi kedua-duanya sekali iaitu anak lelaki dan anak perempuan. Dan lafaz “To’am” makanan ke atas gandum semata-mata. Dan lafaz “Dabbah” yang menunjukkan seekor kuda walaupun ‘dabbah’ ini ialah nama bagi tiap-tiap binatang yang berkaki empat sahaja bukan kepada manusia menyembah bumi.

Pengertian ‘Urf ‘Amali:

‘Urf ‘Amali dan adat resam manusia seperti jual beli “Mu’atoh” yang disertai dengan sighah Ijab Kabul. Dan “Ta’jil Ujrah” iaitu mempercepatkn bayaran sewa sebelum tiba masa mendapatkan manfaat. Dan membahagikan “Mahar” kepada tunai ataupun hutang.

Pengertian ‘Urf ‘Amm( umum) :

‘Urf ‘Amm Iaitu suatu adat resam yang disepakati setiap manusia ke atas sesuatu perbuatan di setiap negara. Dan bukanlah sesuatu yang penting (daruri) pada hakikatnya hendaklah menyamai pada zaman yang telah berlalu, seperti adat manusia ketika memasuki tandas awam dengan membayar sewa tertentu tanpa mengira ataupun mengganggarkan penggunaan air yang digunakan. Dan begitu juga tidak dapat dihitung berapa lama seseorang itu berada di dalam tandas tersebut. Ia tidak boleh tidak memerlukan ‘akad sewa serta menerangkan tempoh manfaat dan penggunaan air yang bakal digunakan.

Pengertian ‘Urf Khass( khusus ) :

‘Urf khass Ialah sesuatu adat resan yang disepakati amalannya sesebuah negara tertentu atau iklim tertentu atau kumpulan tertentu, seperti adat penduduk mesir ketika meminang seorang perempuan. Barang-barang yang diberikan merupakan hadiah dan bukannya sebahagian daripada mahar. Dan adat “Khabbaziina” tukang buat roti di kaherah menunjukkan lafaz seribu itu kepada 20 raghifan.

2. DALIL-DALIL PENERIMAAN ADAT (‘URUF)

Selepas dilihat pembahagian adat, jumhur dapat membuat kesimpulan terhadap hujjiah ‘uruf dan penerimaannye seperti berikut.:

1) Daripada Al-Qur’an :

( خذ العفور وأمر بالمعروف وأعرض عن الجهلين )

سورة الأعراف 199

Maksudnya: “ Terimalah apa yang mudah dilakukan dan suruhlah dengan perkara yang baik, , serta jangan pedulikan orang-orang yang jahil” ( surah A’raf 199)

2) Daripada As-Sunnah : yang diriwayatkan oleh bukhari. Sesungguhnya Nabi Muhamad s.a.w telah bersabda kepada Hindun (isteri Sufyan) ketika mana hindun mengadu kepada Baginda mengenai suaminya Abu Sufyan dan kebakhilannya : “ Ambillah dari harta suamimu yang mencukupi bagimu serta anakmu dengan maa’ruf”. Walaupun Qawli (perkataan) yang mulia ini , telah diharuskan oleh Baginda untuk si Hindun mengambil harta suaminya yang mencukupi baginya serta anaknya mengikut adat atau ‘Uruf ketika itu.

3) Dan yang diriwayatkan oleh imam Ahmad dari ‘Abdullah Bin Mas’ud. “Apa-apa sahaja yang dilihat para muslimin yang baik, sesungguhnya ia baik juga disisi Allah”. Sesungguhnya manusia itu telah sebati dengan apa yang berlaku…dan apa sahaja pertelingkahan di antara mereka yang berlaku dianggap “kharaj” iaitu kesukaran dan kesusahan. Dan ianya boleh dielak.

( وما جعل عليكم في الدين من حرج ) سورة الحج 78

Maksudnya : “Tidaklah dijadikan kesukaran untukmu di dalam agama”. (Surah Al-Haj ayat 78 )

4) Pengikut-pengikut mazhab aimmah mempunyai pelbagai hukum-hukum yang bertitik tolakkan daripada adat. Contohnya Imam Malik yang mana beliau menggunakan ‘amal ahli madinah sebagai hujjah dan ianya merupakan adat perbuatan mengikut ‘uruf.

Imam Syafie pula mengadili sebahagian daripada hukum-hukum seperti yang disebutkannya di Baghdad ketika pembebasan Mesir. Disebabkan apa yang dilihatnya daripada perselisihan ‘adat-‘adat di antara dua buah negara serta pengistilahan daripada penamaan pendapat-pendapat yang pertama iaitu qadim dan pendapat-pendapat yang kedua iaitu jadid.

Manakala Mazhab Hanafiyah pula mengganggap adat ialah suatu kaedah yang paling besar dlm meng’instinbatkan sesuatu hukum. jika terdapat perselisihan dua orang penjual dan pembeli dan tidak pula mempunyai bukti antara mereka maka mereka memerlukan saksi adat di situ. Dan jika berlaku perselisihan antara suami dan isteri dalam isu mahar dan hukumnya berbalik kepada ‘uruf negeri tersebut. Dan sesiapa yang bersumpah memakan daging akan tetapi dia memakan ikan maka dihukum baginya tidak perlu membayar sumpah tersebut kerana mengikut ‘uruf ikan tidak dinamakan daging, manakala jika seseorang itu bersumpah untuk tidak menjejakkan kakinya ke sebuah rumah seseorang dalam keadaan menaiki. maka baginya membayar sumpahnya walaupun dia masuk dengan menggunakan kereta dan sebagainya..dan tidak pula baginya membayar sumpah jika menjejakkan kakinya sahaja.

Kita dapati bahawa fuqaha-fuqaha yang terkini dan yang terkini sering berlaku perselisihan antara mereka di dalam sesuatu masalah. Telah berfatwa fuqaha lampau dari mazhab hanafi tentang keharusan mengambil upah mengajar Al-Qur’an dan apa-apa sahaja pekerjaan yang memberi ketaatan seperti azan, imam. Berbeza dengan apa yang dilihat oleh fuqaha-fuqaha lampau dari mazhab ini yang tidak mengharuskan penerimaan upah ke atas mengajar Al-Quran dan sebagainya seperti yang disebutkan tadi. mereka berpendapat bahawa pengajar Al-Quran ini telah terputus daripadanya gaji yang telah diberikan kepadanya oleh baitul mal pada zaman dahulu. Akan tetapi mengikut ‘uruf pada zaman kini tenaga pengajar ini tidak mendapat gaji mereka drpd baitul mal tersebut. Maka fatwa fuqaha yang terkini diterima pakai dalam mengharuskan penerimaan upah atau gaji bagi mereka yang mengajar Al-Quran ditakuti tiada seorang pun yang akan mengajar jika tidak mendapat upah dan meninggalkan Al-Quran disebabkan itu.

Tetapi berbeza pendapat mengenai perubahan uruf mengikut perubahan zaman dan masa. Abu Hanifah berpendapat bahawa saksi-saksi adalah menjadi syarat dalam mengadili sesuatu kes hudud dan qisaas.

Tidak disyaratkan dalam penyaksian keatas seseorang, hakim mengadili mereka dengan benar dan adil ,Dan hakim mengetahui keadaan kesaksian. Dan ini merupakan hukum yang sesuai di zaman Abi Hanifah untuk mengislahkan ahli-ahlinya, walaupun keadaan manusia yang berbeza dan mereka menolak dusta. Telah berkata dua sahabat yakni: Abu Yusuf & Muhammad: dengan mewajibkan saksi-saksi yang benar, Dan ini contoh dalam pandangan Abu hanifah yang mengatakan paksaan tidak dilakukan melainkan oleh sultan. Atas pandangan kedua-dua sahabat ini berbeza dari yang lain, dan ini berbeza dari sudut uruf di setiap zaman. Pada zaman Abi hanifah diberi kekuatan dan ketegahan oleh sultan dan penolong-penolongnya sahaja. pada zaman dua sahabat tadi telah berlaku kezaliman yang sangat buruk. contoh perselisihan ini dinyatakan oleh fuqaha’ iaitu: sesungguhnya ia berbeza dari zaman dan masa, bukannya berbeza dari segi hujah dan bukti. Perselisihan-perselisihan ini terjadi disebabkan berbeza uruf dan zaman tetapi setiap yang berlaku pada zamannya adalah benar. Salah satu perbezaan yang berlaku dalam masalah yang pertama, kerana seperti disebutkan tdi, iaitu bukannya perbezaan hujah atau dalil tetapi ianya berbezanya ‘uruf dan peredaran zaman.

Dengan sukacita kami menutup hujah tentang pengamalan ‘uruf dengan pandangan sebahagian fuqaha’, bahawa mengkhususkan nas atau kaedah kullliyah dengan ‘Uruf yang ‘Amm. Tetapi fuqaha’ membolehkan akad Al-Istisna’ dlm pelaksanaan uruf ‘Amm Dan jika berlaku perselisihan kaedah ‘Amm ianya boleh dilakukan dengan mengadakan Ma’qud ‘Alaihi ketika berakad.

Dan mereka membolehkan memasuki tandas dengan memberi wang yang ditetapkan tanpa mengira tempoh dan air yang digunakan.

Fuqaha’ Hanafiah membenarkan menjual air conditioner dengan syarat si pembeli menjaganya dalam masa tempoh yang ditetapkan. Berbeza yang diriwayatkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.: ( Baginda menegah menjual dan syarat). Dalam melaksanakn ‘uruf.

Telah dikatakan: Jika Sah semua Takhsis ‘Amm dengan ‘Uruf ‘Amm maka perbahasan yang timbul ini telah keluar daripada Siasah Syar’iayyah kerana hukumnya berada dalam nas atau kaedah yang mgkhususkan ‘uruf. jika telah mengetahui hukum yang terjadi maka terkeluarlah perbahasan ini daripada Siasah Syar’iyyah.

Mereka Mewajibkan mukhassas yang hakiki adalah dalil menolak haraj yang digunakan sesuai untuk ‘uruf. Dapat kita lihat bahawa jawapan ini mengesahkan takhsis tetapi ianya tidak menolak percanggahan yang timbul dari siasah syariyah kerana syaratnya tidak bercanggah dengan nas atau ijma’.