Thursday, July 10, 2008

JIMAT MINYAK UNTUK SEMUA KERETA..

Zeromax merupakan sebuah kilang yang mempunyai pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam bidang pengubahsuaian kereta dan aksesori di Jepun.

Zeromax merupakan pembekal otomobil dan aksesori kereta terbesar di Amerika Syarikat

Zeromax mempunyai lebih 10,000 pusat pengedaran mereka di Amerika Syarikat.


PETROL DAH NAIK HARGA? KINI ADA BERITA BAIK UNTUK ANDA!

JIMATKAN KOS PETROL/DIESEL ANDA RM2.40/L DENGAN I-CHARGE.
PRESTASI KENDERAAN PASTI TERJAMIN DENGAN
I-CHARGE!!



SUNGGUH MUDAH! - HANYA CUCUK DI SOKET PENCUCUH ROKOK KERETA ANDA.




DAPATKAN YANG ORIGINAL DARI MXB INTERNATIONAL!

Produk penjagaan kereta terunggul generasi terkini i-Charge, satu-satunya produk yang dipatenkan dari Negara Jepun dimana ianya dapat menstabilkan voltan dalam kereta dan pada masa yang sama berfungsi sebagai Sistem Doktor Bateri serta sistem mengurangkan gangguan Radas Elektronik. Ianya direka khas untuk menjaga dan menstabilkan kesemua bahagian alat eletronik dalam kenderaan serta sistem pencucuhannya, agar prestasi kenderaan lebih optima dan menjimatkan petrol/diesel.

Kebiasaannya, voltan yang stabil dapat disalurkan secara normal dari bateri ke semua bahagian alat elektroik kenderaan. Namun demikian jika berlakunya pemecutan secara tiba-tiba, ini akan mengakibatkan terlebih muatan voltan keatas kesemua bahagian alat elektronik termasuklah sistem pencucuhannya, prestasi kenderaan pasti terjejas.


Dengan pengunaan i-Charge, ianya bukan sahaja dapat menyalurkan tenaga yang tersimpan padanya apabila diperlukan, i-Charge juga sentiasa dapat menstabilkan voltan dalam kenderaan apabila berlakunya penurunan voltan secara tiba tiba mahupun terlebih muatan pada bahagian enjin.Dengan ini, ianya dapat memastikan prestasi kenderaan terjamin.




Fungsi dan Keberkesanan i-CHARGE
 Menjimatkan petrol secara berkesan
 Menstabilkan gerak balas RPM
 Meningkatkan tork enjin (engine torque)
 Meningkatkan kuasa motor enjin kereta
Mengoptimumkan fungsi alat-alat kelengkapan elektronik dalam kereta









TESTIMONY


  • Peringkat mula isian penuh tangki RM100 kereta saya jenis Toyota WISH 1.8 hanya dapat 568KM je. Isian kedua dan berikutnya boleh dapat sehingga 600++KM tapi terkejut gak isian terbaru ni boleh dapat 725KM perjalanan, itu pun bawa dlm 130-140 km/j gak. Audio mmg best bunyi, tak yah tambah power m. (Fazli 0124258744)



  • Pertama kali guna i-Charge kat kereta Naza ria saya, terasa lebih ringan dan pickup masa memotong dan naik bukit, memang terasa perbezaan sebelum dan selepas guna. Dapat extra KM dalam perjalanan jauh, sebelum kalau isi RM100 dapat 370++KM selepas guna dengan isian yang sama saya dapat dalam 450++KM. (yazs 0129250789)

  • Tadi drive balik kampung baru rasa perubahan pada kereta saya. Pickup dan kuasa memotong memang best. Bila saya overtake kereta tak macam biasa, power double dari sebelum guna i-charge! (Halim 0129595969 )

  • Transmission auto gear rasa smooth, kawalan power steering lebih effisien dan penjimatan minyak dalam perjalanan jauh yang berkesan. (Zaini/Innova 0192607627)

  • Yess!! Citreon zx 2.0 aku..Sebelum 0.25/km, selepas guna i-charge 0.19/km..hebat tu..sungguh berkesan. (En Amri B'woth)
    Test p penang, RM63 utk 520KM. Itu pun banyak dlm pekan. Memang ada save. Kereta Honda Civic 1.7, (En Halim Bkt Beruntung)


  • Saya dah alami perubahan pd kereta Gen 2, terasa lebih pick up dan selesa bila drive. Insyaallah produk ni boleh meletup kat politek..(En. Amirul)

  • Test myvi 1.3 manual sxi, penang-simpang pulai-cameron highland-tapah-penang. Jalan jam, highway, berbukit, townroad. Minyak usage RM70 dan jarak 650KM. Speed 60KM-140KM. Ni latest yg saya bawa, ( En Nasrul)

  • Pickup OK, minyak dapat penjimatan 30% dalam pemanduan normal utk Naza Ria saya, tq (Naza Ria - Cikgu Othman Bentong)

  • I-charge terbukti berbaloi, WAJA I dapat 13KM setiap liter! Penjimatan 30%! (Abg Borhan)

  • Vios 1.5, 1 liter dpt 15KM. Lbh jimat dari waja setelah guna i-charge. (Cikgu Sakir)

  • Petrol jimat 10 liter per 100KM panduan jalan raya dari KL ke Gua Musang. Kami refill di gua musang, guna pakai di kb, p. mas, rantau panjang, ulang alik ke pcb dan kb selama 4 hari tanpa tambah petrol, pada hari ke 4 baru refill di p. mas balik ke KL. Jam gila jalan dari machang ke kuala krai, gua musang. slow drive..jimat petrol benar2 jimat. Aircond sejuk gila, kereta pikcup, masa tukar dari gear 2 dah tentu laju kuat la, panjat bukit relax tak macam dulu2 saya pandu sebelum pakai i-charge (Razali puchong)

  • I-charge you car!
Featurei-CHARGE Voltage Stabilizer 3in1
• Voltage Stabilizer System
• Interference Reducer System
• Battery Doctor System

Benefits
• Fuel saving• Better RPM response
• Increase engine torque
• Engine power up
• Optimized all electronic devices in car
Advantages
• Faster throttle response, engine power up.
• Reduce car CPU noise signal, improve CPU reaction time, improve electronic efficiency.
• Smoother gear shift on automatic car.
• Improve engine power, better acceleration response, hence improve fuel saving.
• Maximize ignition efficiency, easier engine start.
• Prolong engine and electrical device life-span.
• Easy installation, totally DIY, the first choice for ladies drivers.
• Universal for all cars and motorcycles
• Reduce noise with built in noise filter, improve sound system performance.
• Equipped with double fuse protection, for better product life and safety.
• Faster RPM response, it gives you powerful acceleration even when your car's air condition turn on to maximum load.
• Cleaner exhaust emission on HC and CO gas. So more environment friendly.
• Twelve (12) months Limited Product Warranty
Selamat Datang ke Laman web promosi i-charge http://www.i-charge.net/.
Untuk maklumat lanjut tentang keunikan dan keberkesanan produk sila klik disini

Sertai Group Kami, antara group yang aktif di Malaysia dan Indonesia serta Brunei! Hubungi skuad i-charge.net untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang peluang perniagaan i-charge hari ini!

Kenapa Anda Perlu Sertai Kami?
1. Modal sekali, untung berkali-kali.
2. Perniagaan yang baru di pasaran, bermula Nov 2007 (Ahli <> 10,000 orang)
- Peluang terbaik untuk menjadi yang terawal.
3. Produk sangat berguna, tak habis digunakan dan marketing plan yang lebih baik.
4. Konsep perniagaan yang sangat mudah berkembang.
5. Pasukan kami saling memberi sokongan dan motivasi dikalangan ahli.
6. Promosi/penerangan dilakukan secara berkumpulan.
7. Iklan dan Promosi berterusan.
8. Sokongan online dan offline sepenuhnya.
9. Group bersama leader2 MLM yang berpengalaman dan berpengaruh.
10. Tiada paksaan dan kongkongan dalam kumpulan kami.
Anda berhak memilih dan buat apa yang terbaik utk diri anda. Your money your choice. Kami hormati keputusan anda!
11. Kami sentiasa memenuhi keperluan anda untuk berjaya.
- SERTAI KAMI -

BERMINAT UNTUK SERTAI KAMI

sila email kepada saya di mutiarakasihjb@yahoo.com

@

boleh YM saya ID: humaira aiesya

@

atau hubungi saya di talian 012 7922474 (miss aiesya)



Tuesday, July 8, 2008

PENGURUSAN MASA

Rahsia-rahsia di sebalik pengurusan masa pelajar cemerlang.
Masa sebelum tidur - masa berbaring sebelum tidur.

Amalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.

1.Masa terbangun di tengah malam( Belajar seperti No.1)

2.Masa bangun tidur. Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam.

3.Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)

4.Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)

5.Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat cermin)

6.Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar)

7.Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula)

8.Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan)

9.Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)

10.Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi)

11.Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/cepat)

12.Masa menunggu cikgu yang terlewat(ulangkaji cepat)

13.Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)

14.Masa sebelum pulang (Lwatkan pulang buat kerja rumah)

15.Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir)

16.Masa berada dalam bas ( baca kad nota)

17.Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)

18.Masa rehat selepas maka n malam (Baca rencana akhbar dan lain-lain)

19.Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain)

* MASA TERPENTING DALAM PEMBELAJARAN CEMERLANG MASA BELAJAR WAKTU SUBUH:

1.Lain-lain masa yang perlu diurus.

2.Masa ditelipon-pendekan perbualan

3.Semasa membantu ayah dan ibu (belajar cara bayangan)

4.Masa menunggu doktor (ulangkaji kad Nota)

5.Masa berjalan dipersekitaran sekolah (tanya/jawab diri anda)

6.Masa mesyuarat (ulangkaji kad nota sebelum mesyuarat)

7.Masa mendengar radio(kurangkan masa)

8.Masa menunggu kawan (ulangkaji kad nota)

9.Masa pelawat ke rumah (jika ramai, belajar di perpustakaan)

Jika anda mengamalkan masa-masa belajar ini dengan betul dan disiplin, pasti anda akan berjaya dengan cemerlang

AKUAN SAIFUL BUKHARI

Memang seekor MUSANG! Telahan awal yang dibuat oleh saya dan rakan-rakan lain tidak salah dan sama sekali BENAR. Kehadirannya di tengah-tengah bahang kempen pilihanraya umum ke-12 Mac lalu, memang memusykilkan saya dan teman-teman, yang mengenali siapa dia Saiful Bukhari. Posting seorang teman blogger dan juga sekampus, Najwan mengenai musang ini memang menepati ramalan. Musang ini akan membawa kemusnahan. Tetapi dalam kes ini, musang ini tidak hanya menggali kubur mangsanya tetapi kuburnya sekali.

Dia mendakwa diliwat oleh seorang pemimpin kanan parti pembangkang. Yang saya pasti, profil pemimpin ini pasti diketahui umum. tetapi bagaimana dengan profil si pendakwa tersebut? Saya pernah berjanji kepada diri untuk tidak mengaitkan diri dengan sebarang perbalahan anak muda yang menjadi lumrah dunia politik. tetapi hari ini, saya akan dedahkan “era kegemilangan” yang pernah dicipta Saiful Bukhari suatu masa dahulu.

Saiful Bukhari mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi kepada pelajar-pelajar Uniten. Memulakan rentak seorang pemimpin sewaktu dipilih sebagai Ketua Pengarah Program Bakti Siswa Kemerdekaan 2006 ternyata memang menjulang nama beliau. Walaubagaimanapun tidak ramai yang tahu hakikat sebenar. Tentang ketelusan, kejujuran, dan sikap tanggungjawabnya sebelum, semasa dan selepas tamat program. Hampir dua tahun berlalu, tetapi saya masih jelas dengan semua cerita.

Tidak cukup dengan portfolio Ketua Pengarah Program yang hanya dianjurkan setahun sekali, Saiful kemudiannya merancang untuk tampak lebih berkaliber, lebih berkuasa. Dia kemudiannya bertanding di dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2006/2007. Dengan bilangan undi yang tidak boleh dibanggakan, beliau berjaya. Beliau dikatakan mempengaruhi beberapa ahli perwakilan lain untuk mengundi beliau sebagai Presiden (baca:PRESIDEN). Namun demikian, rezekinya sudah ditentukan untuk hanya menjadi Timbalan Presiden. Dia akhirnya terbang ke Filipina untuk menghadiri sebuah seminar anjuran Kementerian Pengajian Tinggi. Pelik tetapi benar. Seharusnya yang terbang adalah Presiden bukan Timbalan Presiden. Mungkinkah Saiful menggunakan aksesnya sebagai Pemuda UMNO atau agen orang kenamaan untuk melayakkan diri untuk mewakili seluruh institusi pengajian swasta? Dan episod kegemilangannya bermula setelah dia kembali ke tanah air.

Seperti seekor musang yang tidak pernah bersyukur dengan rezekinya, begitulah juga Saiful Bukhari. Portfolio sebagai Timbalan Presiden nyata tidak memberi kepuasan kepadanya untuk menjadi orang yang paling berkuasa. Entah di mana silapnya, Saiful tidak mempedulikan sama sekali tugas dan tanggungjawabnya sebagai wakil suara mahasiswa UNITEN. Jangankan tugas sebagai pemimpin, malah tugas sebagai mahasiswa juga diabaikan. Tetapi dalam pada masa yang sama, saya dimaklumkan oleh teman dari IPTA lain bahawa mereka kerap bertemu dengan Saiful, menghadiri beberapa perjumpaan pemimpin Institusi Pengajian Tinggi. Saya terkejut pada mulanya. Bagaimana anda boleh menghadiri perjumpaan yang membincangkan tentang nasib dan masa depan mahasiswa seluruh Malaysia sedangkan anda mengabaikan tugas utama anda, iaitu menjaga kebajikan mahasiswa Universiti Tenaga Nasional? Bertambah kekok apabila mendengar Saiful Bukhari ini memperkenalkan dirinya sebagai Presiden @ Yang diPertua (YDP) Universiti Tenaga Nasional. Bukankah ini tanda-tanda awal dia sememangnya gila kuasa?

Saiful Bukhari ini juga dilihat sebagai seorang yang gila publisiti. Dia hanya akan “bertanggungjawab” sekiranya program tersebut mendapat liputan media, akhbar dan orang kenamaan. Oleh sebab itu, beliau hanya memilih untuk menjadi Penasihat program. Untung kerana tidak perlu bekerja keras memikirkan flow program, penyediaan kertas kerja dan pelaksanaan program. Yang dia tahu cumalah - pasti dia akan ditemuramah dan namanya pasti terpampang di dada akhbar. Dan hari ini saya kira, cita-citanya untuk menjadi seorang “star” sudah tercapai. Kemusykilan saya semakin berganda apabila ditengah-tengah kempen PRU 12 yang lalu, dia berjaya menempelkan diri di setiap roadshow ceramah DSAI. Bagaimana tidak musykil, sedangkan beberapa hari sebelum itu, dia menghulurkan pelawaan kepada saya di laman Friendster, untuk bersama-samanya mengundi Barisan Nasional! Mungkin dia tidak tahu bahawa prinsip dan pendirian saya tidak serapuh dia. Alasannya hanyalah sekadar membantu seorang teman menguruskan hal-hal berkaitan di Pejabat DSAI langsung tidak masuk akal. Peralihan parti politik Saiful Bukhari ketika itu hanya mengundang bahana. Siapa tidak kenal Saiful Bukhari? Pendusta yang bermuka-muka.

Dia tampil menjawab dengan menyatakan bahawa dia bakal melanjutkan pelajaran di sebuah akademi penerbangan. Satu persoalan, atas pembiayaan siapa? Mungkinkah kerana ingin menyelamatkan sang ketua, maruah sendiri sanggup dilapah. itulah harga kesetiaan yang perlu dibayar Saiful Bukhari. Menyelitkan diri di kawasan musuh dan akhirnya leher sendiri yang ditetak. Saya amat bersimpati jika inilah yang dicari-cari oleh manusia bernama Saiful Bukhari selama ini.

Kebimbangan kami nyata berasas. Saiful Bukhari telah mengeluarkan taringnya di saat-saat DSAI mula meletakkan kepercayaan ke atas dirinya. Saya mengakui kepintaran bermain yang dimiliki Saiful Bukhari, tetapi saya juga ingin ingatkan, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya pasti akan tersungkur ke tanah. Buat Saiful Bukhari (jika anda membaca kenyataan saya ini), well done. Takziah juga buat keluarganya, adik perempuannya, dan alfatihah buat allahyarhamah bondanya.
Pautan lain:

Penafian DSAILaporan polis terhadap Anwar atas dakwaan liwatPKR: Nyawa Anwar dalam bahaya

Nota:

Saya bertanggungjawab di atas setiap kenyataan dan ulasan saya mengenai Saiful Bukhari. Daripada dituduh pengecut dan tidak mampu membenarkan kebenaran dizahirkan, saya mengambil risiko ini. Saya tidak mungkin dapat membuktikan bahawa DSAI tidak melakukan perbuatan tersebut, tetapi sekurang-kurangnya kenyataan saya dan ulasan-ulasan pelajar Uniten lain dapat memberi gambaran awal mengenai siapa Saiful Bukhari ini. Saya tidak terkejut dia mampu bertindak sampai ke tahap ini. Saya tidak terkejut dengan kisah dia menikam kawan sendiri dari belakang demi mencapai kemahuannya. Malah saya tidak terkejut jika Saiful tampil dengan kenyataan bahawa dia dipergunakan untuk menutup keaiban ketuanya satu hari nanti


http://ainisazreen.wordpress.com/2008/06/29/saiful-bukhari/