Wednesday, April 25, 2007

Be cautious ladies........

Pesanan Penting.........

Menurut laporan Polis seorang wanita telah dirogol oleh 5 lelaki disebuah kelab malam di Singapura pada malam Sabtu sebelum ditinggalkan. Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil "mencuci" yang kecil. Dadah tersebut kini digunakan oleh perogol-perogol dan kemudian "mencuci" mereka.

Progesterex dibekalkan kepada para Doktor haiwan untuk"mencuci"haiwan besar. Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol, sebagai dadah "Dating" dan rogol. Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut.Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan "mencuci" agar simangsa tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan siperogol tidak bimbang untuk perlu menjalani ujian air mani dan DNA kemudian.

Kesan dadah ini adalah K*E*K*A*L terhadap si mangsa. Prodesterex asalnya adalah untuk memandulkan kuda, Mana-mana wanita yang mengambilnya TIDAK AKAN MENGANDUNG SAMPAI BILA-BILA. Si durjana boleh memperolehi dadah ini boleh mendapatkan dadah ini dari pusat haiwan atau mana-mana universiti, dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di kampus-kampus.

Tolong edarkan maklumat ini kepada semua yang anda kenali, terutama teman wanita dan gadis remaja. Berwaspada apabila anda keluar, jangan biarkan minuman anda terbiar tanpa dijaga oleh orang yang anda percayai.


Azila Bakri,
Social Worker,
All Women's Action Society (AWAM )

Top TEN reasons as to why ISLAM is superior to any other religion

hope u find this mail in the best of faith, health and happiness. these are the ten reasons that prove the truthness of Islam
1. Islam is the only religion that offers Salvation to all Humans under certain conditions (2:62, 22:17).

2. Islam is the only religion that abolishes racism (49:13, 23:52, 2:213).

3. Islam is the only religion that abolishes slavery (2:177, 5:89, 4:92, 24:33, 3:79, 6:114).

4. Islam is the only religion that gives right to women.

5. Islam is the only religion that was not named after any human or place and as such universal.

6. Quran is the only Book that can't be falsified logically as it does offer some falsification tests (4:82, 17:88, 11:13, 2:23).

7. Quran is the only Book that doesn’t contradict with established scientific facts.

8. Quran is the only Book that has honored the whole of Humanity and also speaks about universal Humanism (23:52, 2:213, 49:13).

9. Quran is the only Book that offers absolute freedom of faith (18:29, 2:256, 109:6).

10. Quran is the only Book that has been preserved in its original form.
Therefore, Islam will prevail over all religion from Logical, Rational and Humanistic grounds. See, what Quran has to say about this: (9:33)
He it is Who hath sent His Messenger with the guidance and the Religion of Truth, that He may cause it to prevail over all religion
Take care and be a part to spread the light of truth amongst others.

Tuesday, April 24, 2007

SELAMATKANLAH UMAT ISLAM DI MALAYSIA

ALLAH HU AKBAR.......

Ya Allah selamatkan kami dunia akhirat... matikan kami saat iman kami paling tinggi YA ALLAH!!

Mudah-mudahan ianya tak akan diluluskan.. .

Bertindaklah sebelum terlambatBahaya IFCDiantaranya ialah:-Bangsa2 lain yang bukan beragama islam di Malaysiamenuntut supaya :

1. Peruntukan yang diberi oleh kerajaan kepada masjid, diberi sama kepada agama mereka yakni kuil, tokong, gereja dll.( bermakna. ada mesjid Negeri ada juga tokong Negeri, kuil Negeri, gereja Negeri. Imam masjid dpt elaun... sami dpt elaun, paderi dpt elaun )

2. orang islam dibenarkan berkahwin dgn bkn islamTANPA pasangannya memeluk agama islam, dan orang islam DIBENARKAN KELUARislam untuk berkahwin dgn bkn islam( MURTAD )( PERSAOLANNYA NAK NIKAH KAT KADI KE KAT SAMI KE,PADRI KE ? halal darah orang murtad hadith sahih)

3. Anak orang islam tidak boleh diislamkan sebelum berumur 18 thn. Dan ia bebas memilih agamanya selepas 18 thn.( bermakna kita tak boleh AZAN KAN anak kita selepas lahir, tak boleh ajar anak kita mengaji quran tak leh ajar sembahyang, takleh ajar pose.. lps 18 thn dia pasti pilih agama BLACK METAL. NABI BERPESAN: TERPUTUS LAH HUBUNGAN DUNIA ANAK ADAM SELEPAS MATI MELAINKAN 3PERKARA. AMAL SOLEH, SEDEKAH JARIAH, DOA ANAK YANG SOLEH. Haa... boleh keanak agama Black Metal doa kat kita...?)

4. Wang kutipan zakat fitrah harus diagihkan kepadasemua agama dan bangsa. ( zakat fitrah dikutip daripada orang islam je.. yang hampa nak sekali pasal? Hampa kutipla sendiri... yahudi betoi.. )

( ALLAH BERFIRMAN: AGAMA KAMI HAK KAMI, KAMU DGAN AGAMA KAMU...) KAMI TAKLA KACAU AGAMA KAMU.. BUAT LA TOKONG BANYAK MANA PUN, BAWAH POKOK BESAR, TEPIJALAN, DLM GUNUNG, SAMPAI TUTUP JLN BILA MUSIM THAIPUSAM, BERIBU POLISISLAM DOK JAGA.., LAGI TOLONG KAT HAMPA..
( kalau ceramah agama beribu polis dok sembur ayaq... )

Dan banyak lagi perkara yang depa nak gangu hak umat islam di NegaraMalaysia ni.. kalau nak keterangan lanjut call no tel kat bawah nanti...

Wahai saudaraku... ! dunia dah nak kiamat.. diantara tanda2 kiamat..

Allah akan mematikan ulama2, akan menarik rasa gerunorg kafir terhadap orang islam dan mencampak kan kehati org islam rasagerun terhadap orang kafir, kebenaran dilihat kebatilan dan kebatilan dilihak kebenaran, muzik bermaharaja lela, artis disanjung ulama dihina, takut menegah kemungkaran berani menghalang kebajikan, ibubapa bertuan kan anak,harta negeri beredar dikalangan sendiri dan mcm2 lagi ( mls nak habaq kot ada yg salahpaham ) Plastin kena godam, pasal arab tak habis2 perang saudara puak sunnah ngan syia'h... kita yang kat sini takan takleh ambik pengajaran kot... jgn dok sibuk mawi la... jgn dok sibuk siti...( kalau minat beli je album, sudah laa...) jgn dok sibuk menteri gaduh pasal jambatan bengkok... ( lurus pun berapa kali hampa gi s'pore sebulan! ) Pasal AP pun takyah ( kalau sekadar pakai wira ngan kancil...) Takan la tak boleh bersatu lansung bab2 agama kita yang dah nak kena godam nganyahudi ala Malaysia ni.. jgn sekadar nama je Muhammad, Abdullah, Ahmad,Omar, Ali, Osman, Abu Bakar, Shafie, Aishah, Khadijah, Adam, Isa, Musa,Harun dan nama nabi dan rasul kita, kalau allah Tanya " apa yang kamutelah buat sewaktu agama kamu dihina, dicaci,dipermainkan dan diancamoleh orang kafir" dan kita jawab " eh... tak perasan pulak..!, sebab hari tu mawi ngan siti ada gossip "

Mari lah saudara ku kita bersatu, saya merayu pada yang bijak pandai, yangkaya, yang berpangkat, yang berpengaruh, yang bangsawan, yang belum kenasawan agar kita bersatu dlm hal ini pun jadilah.. gunakan lah apa2 kuasayang dianugrahkan allah untuk kembali kepadanya..hal minyak lain kali, AP kemudian, jambatan bengkok tak layan, menteri gaduh..depa cari makan.....

Wassalam...

KAM: Peguam Kes Murtad Shazalina/Linda Choy (Ust Zulkefli Nordin), beliau telah memberi ceramah pada malam tadi di Surau As Sakinah, TTDI JAYA, Selangor tentang kumpulan kafir Artikel 11/IFC.

Mereka ini (IFC) sedang bergiat untuk menghapuskan keistimewaan orangIslam di Malaysia, pihak Mahkamah Persekutuan hanya ada masa 6 minggusahaja lagi untuk membuat keputusan sama ada meluluskan atau tidak. KalauLULUS maka orang Islam dalam bahaya besar.

Boleh hubungi Ust Zulkefli sendiri (0133998718) untuk penjelasan lebihlanjut, pihak peguam Muslim memberi penerangan tentang perkara ini. Silasebarkan berita ini kepada semua orang Islam kerana isu ini amat serius...

APAKAH PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB KITA??KITA HANYA ADA DUA PILIHAN..... TIDAK ADA 3 ATAU 4 PILIHAN....

1) MENENTANG KUMPULAN PELAMPAU INI (KUMPULAN ARTIKEL 11 )

ATAU

2)MENYOKONG SECARA TERBUKA ATAU SECARA SENYAP(Dengan tidak membuat apa-apa) ATAU BERSEKONGKOL DENGAN KUMPULAN PELAMPAU INI.


Kalau pilihan anda adalah 1, FORWARD kan ini kepada sesiapasahaja dan Kalau pilihan andaadalah 2, Biarkan lah umat islam di malaysia ini jadi bahan ketawa org yg ingin menghancurkan islam.

Friday, April 13, 2007

RENUNGKAN LAH WAHAI KAUM ADAM........


Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka
semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka
akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan
dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah...sebaliknya di situlah kasih dan sayang
Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...
Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah...sebaliknya di situlah kasih dan sayang
Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...
Bila wanita menjadi derhaka...pasti dunia lelaki akan menjadi huru
hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah

Wallahua'lam.



KATA RENUNGAN

RENUNGAN 1 - ADAB MENGUAP

1. Menahan menguap sekadar termampu: Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a., daripada Nabi s.w.a., bahwasanya baginda bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah Ta'ala suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillaah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya mengucapkan 'Yarhamukallaah!'. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya.

2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap: Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r.a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka). Kebanyakan ulama menghukumkan sunnat meletakkan tangan di mulut ketika menguap, sama ada di dalam sembahyang ataupun di luarnya.

3. Makruh mengangkat suara ketika menguap: Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan At-Termizi daripada nabi s.a.w. katanya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu. Ibnu As-Sunni telah meriwayatkan pula daripada Abdullah bin Az-Zubair r.a., katanya: Telah bersabda Rasullah s.aw. yang bermaksud: Sesungguhnya Allah azzawajalla membenci mengangkat suara ketika menguap dan bersin. Ada diriwayatkan iaitu apabila seseorang itu dapat menahan menguap, lalu dia berkhayal dalam ingatannya, bahawasanya Nabi alaihis-salam tidak pernah menguap sama sekali, niscaya akan hilang perasaan hendak menguap itu dengan izin Allah.

RENUNGAN 2 - FADHILAT AL-QURAN

1. Membaca 10 ayat dalam satu malam Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca 10 ayat dalam satu malam ianya tidak akan dimasukkan di kalangan orang-orang yang lalai" Ianya cuma mengambil masa beberapa minit saja untuk membaca 10 ayat. Berbuat demikian akan menyelamatkan seseorang itu daripada digolongkan di kalangan orang-orang lalai bagi malam tersebut. Ini adalah ganjaran yang bergitu besar sekali.

2. Membaca 100 ayat dalam satu malam Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa menjagai 5 kali sembahyangnya tidak akan dimasukkan di kalangan orang-orang yang lalai, dan barangsiapa membaca 100 ayat dalam satu malam ia akan dimasukkan di kalangan orang-orang yang taat" Ada lagi hadith yang memberikan kelebihan membaca Al_Quran sebanyak 100, 200, 500 hingga 1000 ayat dalam satu malam. Baik bagi kita cuba amalkan hadith yang pertama dulu sebagai amalan bagi malam hari kita sebagai permulaan. Kalau sebelum tidur kita membaca buku, surat khabar, majalah dan sebagainya eloklah dilatih diri kita dengan membaca Al-Quran sebanyak 10 ayat sekurang-kurangnya.

3. Kelebihan surah Yasin Ata Ibn-e Abi Ribah berkata bahawa Rasulullah s.a.w. diberitakan telah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca surah Yasin di permulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi" Ada banyak lagi kelebihan surah Yasin yang disebutkan di dalam banyak hadith-hadith. Di antaranya adalah seperti berikut:

a. Adalah dikatakan dalam sebuah hadith, "Segala sesuatu mempunyai hati, dan hati bagi Al-Quran ialah surah Yasin. Barangsiapa membaca surah Yasin, Allah s.w.t. akan menuliskan pahala baginya seumpama ia membaca seluruh Al-Quran sebanyak 10 kali."

b. Menurut satu riwayat Rasulullah s.a.w. bersabda, "Hatiku mengkehendaki supaya surah Yasin berada di setiap hati ummatku."

c. Diriwayatkan daripada hadith yang lain, "Barangsiapa membaca surah Yasin, ia akan diampunkan, sesiapa sahaja yang membacanya semasa kelaparan, akan dihilangkan kelaparannya itu, barangsiapa membacanya dikala sesat jalan, akan menjumpai jalannya semula, barangsiapa membacanya kerana kehilangan binatang, akan mendapatnya semula, dan bila seseorang itu membacanya kerana bimbangkan kekurangan makanannya, makanan itu akan mencukupi. Dan jika ia membaca kepada orang yang menghadapi penderitaan maut, akan dimudahkan baginya. Dan jika seseorang itu membacanya ke atas perempuan yang sukar untuk melahirkan anak, akan dimudahkan juga bayinya." Untuk makluman selanjutnya, bahawa tiada nas dari Nabi Muhammad saw. Mengenai kelebihan membaca surah Yassin pada malam jumaat. Ulama menyarankan membacanya pada malam jumaat kerana menghormati kemulian yang terdapat pada malam jumaat.

RENUNGAN 3 - KELEBIHAN HARI JUMAAT

1. Kelebihan berdoa pada hari Jumaat Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. daripada Rasulullah s.a.w. bahawasanya beliau bersabda yang bermaksud: "Allah menciptakan nabi Adam pada hari Jumaat dan menempatkannya di dalam syurga pada hari Jumaat, dan mengeluarkannya daripada syurga pada hari Jumaat, dan bertaubat ia pada hari Jumaat. Dan hari Jumaat itu adalah hari yang sangat mustajab bagi hamba yang islam untuk berdoa kepada Allah"

2. Kelebihan mengadakan perhubungan dan pernikahan pada hari Jumaat Diriwayatkan daripada Muslim bin Abdullah, daripada Said bin Jubir, daripada Anas bin Malik r.a., dia berkata: Rasulullah s.a.w. ditanya oleh sahabat tentang hari Jumaat. Maka jawab baginda nabi: "Hari Jumaat adalah hari yang baik untuk mengadakan perhubungan dan pernikahan". Tanya sahabat: "Mengapakah dikatakan dengan demikian itu ya Rasulullah?" Jawab nabi: "Kerana bahawasannya nabi-nabi ramai yang bernikah pada hari itu" Sebahagian ulama berkata ada 7 pernikahan yang dilakukan oleh para nabi dan auliya' pada hari Jumaat seperti di bawah: i. Pernikahan nabi Adam a.s. dengan Hawa ii. Pernikahan nabi Yusof a.s dengan Zulaikha iii. Pernikahan nabi Musa a.s. dengan Shafura (anak nabi Su'aib a.s.) iv. Pernikahan nabi Sulaiman a.s dengan ratu Balqis v. Pernikahan nabi Muhammad s.a.w. dengan Khadijah r.anha vi. Pernikahan nabi Muhammad s.a.w. dengan Siti Aisyah r.anha vii. Pernikahan Ali bin Abu Talib r.a. dengan Fatimah Az-Zahra r.anha,.

RENUNGAN 4 - FADHILAT ZIKIR

Muaz ibnu Jabal r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Tiada seseorang yang mengerjakan sesuatu amalan yang lebih selamat baginya dari siksa kubur daripada zikrullah" Keterangan: Kedasyatan siksa kubur tentunya telah diketahui oleh orang-orang yang pernah menbaca hadith-hadith yang mengandungi keterangan-keterangan siksa kubur itu. Setiap kali Usman r.a. menziarahi perkuburan maka beliau menangis terisak-isak sehingga membasahi janggutnya yang mulia. Seorang bertanya kepada beliau: "Tuan tidak pernah menangis tatkala tuan mendengar perkabaran-perkabaran tentang syurga dan neraka seperti mana tuan menangis ketika menziarahi perkuburan ini" Beliau menjawab: "Kubur ini adalah merupakan persinggahan yang pertama dalam perjalanan menuju ke alam akhirat. Barang siapa yang telah selamat di tempat persinggahan yang pertama ini maka persinggahan-persinggahan yang berikut akan dipermudahkan baginya. Sebaliknya, barang siapa yang gagal di tempat persinggahan yang pertama ini maka ia akan mengalami berbagai kesulitan di persinggahan-persinggahan yang berikutnya". Selanjutnya beliau berkata: "Aku mendengar baginda Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: "Tidak pernah aku menyaksikan sesuatu pemandangan yang lebih menakutkan daripada kejadian-kejadian yang berlaku di dalam kubur ". Siti Aisyah r.anha memberitakan bahawa selepas tiap-tiap sembahyang adalah baginda Rasulullah s.a.w. memohon perlindungan dari siksa kubur. Zaid r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Aku khuatir kamu tidak akan mengebumikan mayat-mayat lantaran gentar dan takut jika aku berdoa kepada Alla s.w.t. supaya ia mempersaksikan kepada kamu akan keadaan dan azab siksa kubur. Setiap makhluk pernah mendengar suara siksa kubur kecuali makhluk-makhluk manausia dan jin" Keterangan: Diberitakan dalam sebuah hadith bahawa sekali baginda Rasulullah s.a.w. berada dalam satu perjalanan, dengan tak semena-mena unta yang dikenderai baginda enggan bergerak kehadapan seolah-olahnya ada sesuatu yang sedang berlaku di situ. Seorang bertanya: "Kenapa sedemikian ini Ya Rasulullah s.a.w.?" Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ada seorang yang sedang disiksa di dalam kuburnya. Suara siksa kubur ini terdengar oleh unta ini, itulah yang menyebabkan ia takut dan enggan bergerak kehadapan. Dalam sebuah hadith ada diberitakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. melalui dua kubur lalu baginda bersabda: "Ahli kedua-dua kubur ini sedang disiksa. Seorangnya disiksa kerana mengumpat dan seorang lagi disiksa kerana ia tidak menjaga kebersihan ketika ia beristinja' (buang air kecil)". Ibnu Hajar Makki rah.a. menulis bahawa menurut hadith yang sah kebanyakan siksa kubur dikenakan ialah kerana tidak dijaganya kebersihan istinja' itu. Adalah diberitakan oleh sebuah hadith bahawa persoalan yang mula-mula sekali akan disoal di dalam kubur ialah mengenai istinja'. Semuga Allah s.w.t. memberikan kekuatan kepada kita semua untuk mengamalkannya.


"ALLAHUMMA SHOLLI 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD, WA 'ALA AALI SAYYIDINA MUHAMMAD"

HARGA DIRI ADALAH MARUAH

Harga diri manusia adalah maruahnya
Pada maruahlah keindahan seseorang itu
Maruah tidak boleh dijualbeli
Kerana itu jagalah maruah diri
Jangan cemarkan maruah diri
Hilang kepercayaan seluruh manusia
Allah dan Rasul juga memandang tinggi maruah manusia
Jika di dalam kehidupan seseorang itu sudah dapat dilihat cacat-celanya
Seperti pembohong, penzina, bergaul bebas dengan betina,
mungkir janji, khianat, rosak akhlaknya, menzalimi, penipu,
mementingkan diri jadi budaya, harga diri sudah tiada
Hilanglah kepercayaan manusia
Diwaktu ini ilmu yang tinggi tidak dapat menebusnya
Wang ringgit tidak dapat memulihkannya
Pangkat dan darjat begitu juga
Sekalipun bertaubat
Jagalah harga diri jangan sampai tercemar
Jika berlaku musnah dan punah harga diri
Nama baik tercemar
Menderitalah sepanjang hidup seseorang itu

sebuah kisah perkahwinan

Kisah di pagi Jumaat......

Suatu ketika plato terlibat pembicaraan dengan gurunya. Plato bertanyakan makna cinta dan gurunya pun menjawab; "Masuklah ke dalam hutan, pilih dan ambillah satu batang ranting yang menurutmu paling baik, tetap iengkauharuslah berjalan ke depan dan jangan kembali ke belakang. Pada saat kau sudah memutuskan pilihanmu, keluarlah dari hutan dengan ranting tersebut."

Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato tanpa membawa sebatang ranting pun. Gurunya bertanya, maka jawab Plato; "Saya sebenarnya sudah menemukan ranting yang bagus, tetapi saya berfikir barangkali di depan saya ada ranting yang lebih baik. Tetapi setelah saya berjalan ke depan ternyata ranting yang sudah saya tinggalkan tadilah yang terbaik.

Maka saya keluar hutan tanpa membawa apa-apa." Lalu gurunya pun berkata; "Itulah cinta."

Lalu Plato pun bertanya apa makna perkawinan. Lalu gurunya pun menjawab; "Sama seperti ranting tadi, namun kali ini engkau haruslah membawa satu pohon yang kau fikir paling baik dan bawalah keluar dari hutan." Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato dengan membawa pohon yang tidak terlalu tinggi, juga tidak terlalu indah. Gurunya pun bertanya, maka jawab Plato; "Saya dapati pohon yang indah daunnya, besar batangnya, tetapi saya tak dapat memotongnya dan pastilah saya tak mampu membawanya keluar dari dalam hutan; akhirnya saya tinggalkan. Kemudian saya temukan pohon yang tidak terlalu buruk, tidak terlalu tinggi dan saya fikir mampu embawanya kerana mungkin saya tidak akan menemukan pohon seperti ini di depan sana. Akhirnya saya pilih pohon ini kerana saya yakin dapat merawatnya dan menjadikannya indah."

Lalu guru pun berkata; "Itulah makna perkawinan."

Begitu banyak pilihan di depan kita seperti pohon-pohon berserta rantingnya di dalam hutan, tapi kita mesti menentukan satu pilihan dan bila terlalu memilih; tidak satupun akan kita dapati, kerana kesempatan itu hanya sekali dan kita harus terus maju seperti waktu yang mengalir ke depan yang tidak pernah tersimpan pada hari kemarau.

Wallahualam bis sawab.

SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA IALAH KERANA ADANYA MAZMUMMAH DIDALAM HATI.

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak2lah senyum..tentu org tak takut nak dekat punyer..)

2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..)

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)

** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi

benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu

tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah

beri melalui makhluk.

5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut…walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak…lagipun org tamak selalu rugi..

** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen)..pasal semua org ader egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut…

8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. –Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada…

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, …dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. – biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah…

** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.****

Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain…andai kita terleka dengan dunia …buruklahh padahnya…