RENUNGAN 1 - ADAB MENGUAP
1. Menahan menguap sekadar termampu: Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a., daripada Nabi s.w.a., bahwasanya baginda bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah Ta'ala suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillaah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya mengucapkan 'Yarhamukallaah!'. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya.
2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap: Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r.a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka). Kebanyakan ulama menghukumkan sunnat meletakkan tangan di mulut ketika menguap, sama ada di dalam sembahyang ataupun di luarnya.
3. Makruh mengangkat suara ketika menguap: Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan At-Termizi daripada nabi s.a.w. katanya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu. Ibnu As-Sunni telah meriwayatkan pula daripada Abdullah bin Az-Zubair r.a., katanya: Telah bersabda Rasullah s.aw. yang bermaksud: Sesungguhnya Allah azzawajalla membenci mengangkat suara ketika menguap dan bersin.
RENUNGAN 2 - FADHILAT AL-QURAN
1. Membaca 10 ayat dalam satu malam Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca 10 ayat dalam satu malam ianya tidak akan dimasukkan di kalangan orang-orang yang lalai" Ianya cuma mengambil masa beberapa minit saja untuk membaca 10 ayat. Berbuat demikian akan menyelamatkan seseorang itu daripada digolongkan di kalangan orang-orang lalai bagi malam tersebut. Ini adalah ganjaran yang bergitu besar sekali.
2. Membaca 100 ayat dalam satu malam Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa menjagai 5 kali sembahyangnya tidak akan dimasukkan di kalangan orang-orang yang lalai, dan barangsiapa membaca 100 ayat dalam satu malam ia akan dimasukkan di kalangan orang-orang yang taat" Ada lagi hadith yang memberikan kelebihan membaca Al_Quran sebanyak 100, 200, 500 hingga 1000 ayat dalam satu malam. Baik bagi kita
3. Kelebihan surah Yasin Ata Ibn-e Abi Ribah berkata bahawa Rasulullah s.a.w. diberitakan telah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca surah Yasin di permulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi"
a. Adalah dikatakan dalam sebuah hadith, "Segala sesuatu mempunyai hati, dan hati bagi Al-Quran ialah surah Yasin. Barangsiapa membaca surah Yasin, Allah s.w.t. akan menuliskan pahala baginya seumpama ia membaca seluruh Al-Quran sebanyak 10 kali."
b. Menurut satu riwayat Rasulullah s.a.w. bersabda, "Hatiku mengkehendaki supaya surah Yasin berada di setiap hati ummatku."
c. Diriwayatkan daripada hadith yang lain, "Barangsiapa membaca surah Yasin, ia akan diampunkan, sesiapa sahaja yang membacanya semasa kelaparan, akan dihilangkan kelaparannya itu, barangsiapa membacanya dikala sesat jalan, akan menjumpai jalannya semula, barangsiapa membacanya kerana kehilangan binatang, akan mendapatnya semula, dan bila seseorang itu membacanya kerana bimbangkan kekurangan makanannya, makanan itu akan mencukupi. Dan jika ia membaca kepada orang yang menghadapi penderitaan maut, akan dimudahkan baginya. Dan jika seseorang itu membacanya ke atas perempuan yang sukar untuk melahirkan anak, akan dimudahkan juga bayinya." Untuk makluman selanjutnya, bahawa tiada nas dari Nabi Muhammad saw. Mengenai kelebihan membaca surah Yassin pada malam jumaat. Ulama menyarankan membacanya pada malam jumaat kerana menghormati kemulian yang terdapat pada malam jumaat.
RENUNGAN 3 - KELEBIHAN HARI JUMAAT
1. Kelebihan berdoa pada hari Jumaat Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. daripada Rasulullah s.a.w. bahawasanya beliau bersabda yang bermaksud: "Allah menciptakan nabi Adam pada hari Jumaat dan menempatkannya di dalam syurga pada hari Jumaat, dan mengeluarkannya daripada syurga pada hari Jumaat, dan bertaubat ia pada hari Jumaat. Dan hari Jumaat itu adalah hari yang sangat mustajab bagi hamba yang islam untuk berdoa kepada Allah"
2. Kelebihan mengadakan perhubungan dan pernikahan pada hari Jumaat Diriwayatkan daripada Muslim bin Abdullah, daripada Said bin Jubir, daripada Anas bin Malik r.a., dia berkata: Rasulullah s.a.w. ditanya oleh sahabat tentang hari Jumaat. Maka jawab baginda nabi: "Hari Jumaat adalah hari yang baik untuk mengadakan perhubungan dan pernikahan". Tanya sahabat: "Mengapakah dikatakan dengan demikian itu ya Rasulullah?" Jawab nabi: "Kerana bahawasannya nabi-nabi ramai yang bernikah pada hari itu" Sebahagian ulama berkata ada 7 pernikahan yang dilakukan oleh para nabi dan auliya' pada hari Jumaat seperti di bawah: i. Pernikahan nabi Adam a.s. dengan Hawa ii. Pernikahan nabi Yusof a.s dengan Zulaikha iii. Pernikahan nabi Musa a.s. dengan Shafura (anak nabi Su'aib a.s.) iv. Pernikahan nabi Sulaiman a.s dengan ratu Balqis v. Pernikahan nabi Muhammad s.a.w. dengan Khadijah r.anha vi. Pernikahan nabi Muhammad s.a.w. dengan Siti Aisyah r.anha vii. Pernikahan Ali bin Abu Talib r.a. dengan Fatimah Az-Zahra r.anha,.
RENUNGAN 4 - FADHILAT ZIKIR
Muaz ibnu Jabal r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Tiada seseorang yang mengerjakan sesuatu amalan yang lebih selamat baginya dari siksa kubur daripada zikrullah" Keterangan: Kedasyatan siksa kubur tentunya telah diketahui oleh orang-orang yang pernah menbaca hadith-hadith yang mengandungi keterangan-keterangan siksa kubur itu. Setiap kali Usman r.a. menziarahi perkuburan maka beliau menangis terisak-isak sehingga membasahi janggutnya yang mulia. Seorang bertanya kepada beliau: "Tuan tidak pernah menangis tatkala tuan mendengar perkabaran-perkabaran tentang syurga dan neraka seperti mana tuan menangis ketika menziarahi perkuburan ini" Beliau menjawab: "Kubur ini adalah merupakan persinggahan yang pertama dalam perjalanan menuju ke alam akhirat. Barang siapa yang telah selamat di tempat persinggahan yang pertama ini maka persinggahan-persinggahan yang berikut akan dipermudahkan baginya. Sebaliknya, barang siapa yang gagal di tempat persinggahan yang pertama ini maka ia akan mengalami berbagai kesulitan di persinggahan-persinggahan yang berikutnya". Selanjutnya beliau berkata: "Aku mendengar baginda Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: "Tidak pernah aku menyaksikan sesuatu pemandangan yang lebih menakutkan daripada kejadian-kejadian yang berlaku di dalam kubur ". Siti Aisyah r.anha memberitakan bahawa selepas tiap-tiap sembahyang adalah baginda Rasulullah s.a.w. memohon perlindungan dari siksa kubur. Zaid r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Aku khuatir kamu tidak akan mengebumikan mayat-mayat lantaran gentar dan takut jika aku berdoa kepada Alla s.w.t. supaya ia mempersaksikan kepada kamu akan keadaan dan azab siksa kubur. Setiap makhluk pernah mendengar suara siksa kubur kecuali makhluk-makhluk manausia dan jin" Keterangan: Diberitakan dalam sebuah hadith bahawa sekali baginda Rasulullah s.a.w. berada dalam satu perjalanan, dengan tak semena-mena unta yang dikenderai baginda enggan bergerak kehadapan seolah-olahnya ada sesuatu yang sedang berlaku di situ. Seorang bertanya: "Kenapa sedemikian ini Ya Rasulullah s.a.w.?" Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda: "
"ALLAHUMMA SHOLLI '