1.Garang
( garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap
kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh... macam
ler dia betul semua, dsb) Lelaki perlu menginsafi diri bahawa
wanita bukan alat untuk melepaskan kemarahan atau perasaan
geram, sebaliknya dihargai dan dilayan dengan lemah-lembut.
2.Ganas
(kaki pukul,dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebabtahu
perempuan bukan lawannya) Lelaki bersikap ganas memang perkara
utama yg dijauhi wanita sebab tak mahu mata biru atau badan lebam-lebam bila dah
kahwin. Tidak kasihankah lelaki pada wanita yang lemah? Wanita
bukan lawan lelaki sebaliknya lelakilah yang patut melindungi wanita.
3.Gementar
(takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan
diri, bergantung pada orang lain,dsb) Contohnya,depan perempuan,
lidah kelu sampai ayat yg dilafaz kan pun tak jelas isi butir. Lelaki perlu
mengatasi rasa gementar.
4.Gabrah
(tak pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan
saja) Perempuan tak suka lelaki yang tiada keyakinan diri atau
cepat panik menghadapi sesuatu perkara.
5.Gentleman tiada
(langsung tak gentle, p entingkan diri sendiri,ambik kesempatan,dsb) Kalau masa bercinta tak gentleman,inikan pula kalau dah kahwin nanti.Lelaki perlulah menghormati wanita selayaknya. Sudah pasti wanita itu
juga akan menghormati lelaki dengan perasaan hormat lagi
6.Gerumal
(bahasa kedah -bohong atau tipu. Suka tipu perempuan untuk
kepentingan diri sendiri. Sekali dua boleh maaf, tapi ni berkali2.) Lelaki tidak boleh menggunakan alasan bohong sunat utk
melepaskan diri sebaliknya belajarlah untuk menjadi jujur dan
bercakap benar dengan wanita.Bukankah berani kerana benar, takut
kerana salah?Jika asyik membohongi wanita, sudah pasti kepercayaannnya kepada anda
akan musnah.
7.Ganggo
(keterlaluan- lembut sangat,pemalu sangat,pendiam sangat,macho
sangat, dll)Perempuan pun naik lemas jika lelaki bersikap
keterlaluan dalam sesuatu hal.Cubalah bersikap sederhana dan mengimbangi
karektor diri anda dengan baik.
8.Gatal
(miang keladi ngan perempuan lain selain dengan isteri)Tak boleh
tengok perempuan dahi licin atau anak dara, mulalah pasang niat
nak mengorat. Anda perlu ingat, kadangkala perempuan berpura2
melayan anda k erana ada udang sebalik batu.Mungkin dia bermata
materialistik dan cintakan duit anda sahaja.
Fahamilah perasaan isteri atau pasangan anda yang mencintai anda
sepenuh hati! Bukankah lebih baik men ggoda isteri sah anda
daripada menggoda perempuan lain yang bukan hak anda.