
1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah
“Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan".

1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah
Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak2lah senyum..tentu org tak takut nak dekat punyer..)
2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..)
3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)
** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi
benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu
tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah
beri melalui makhluk.
5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut…walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak…lagipun org tamak selalu rugi..
** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)
7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen)..pasal semua org ader egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut…
8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. –Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada…
9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, …dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. – biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah…
** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.
****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.****
Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain…andai kita terleka dengan dunia …buruklahh padahnya…
Cari pasangan ideal
Carilah pasangan Ideal hehehehe...tapi jgn percaya sangat walaupun ada kemungkinan ada pada diri kita
Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan,
anda
adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan,
anda
adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan,
anda
adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan,
anda
adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda
adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda
adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda
adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda
adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda
adalah no.9
no.1
----
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu
dalam
asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin
mendahului
dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan
tidak
pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam
usia
yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka
akan
orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan
dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat
belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang
anda
ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian
anda.
Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4,
6, 8.
no.2
----
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda
berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda
suka
bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi
and
perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang
sukar
diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan.
Anda
juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat
dalam
muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang
datang
keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda.
Anda
boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan.
Anda
juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda
adalah no.2, 5, 9.
no.3
----
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat
agama
dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai
masalah
keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat
pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda
akan
dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu
berkerja
keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang
lebih tua
daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada
percintaan,
kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap
seseorang
itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan,
pencipta
di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke
dunia
ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.
no.4
----
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan
menjauhkan
orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang
bertimbang
rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan
seni.
Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi
masalah
tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling
anda
kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan
menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi
daripada
anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau
bagaimanapun
anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah
no.1, 8.
no.5
----
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu
perkara
hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani
perniagaan.
Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di
kalangan
kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga
akan
minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan
seorang
yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan
kebebasan.
Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda
mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 ,
2,
9.
no.6
----
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa
perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat
pandai
dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik
hati
(tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras
rupa
yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda.
Anda
mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada
pandangan
mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan
mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.
no.7
----
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang
yang
realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam
bidang
pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap
iaitu
panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk
keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali
sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah
dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang
yang
bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.
no.8
----
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang
memahami
anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda
juga
mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah
menjadikan
anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan
masa
anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang
yang
disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini
telah
membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan,
keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah
no.1, 4.
no.9
----
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga
mental.
Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang
yang
sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima
cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda
anda
selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah
semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati
mereka.
Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang
lain
percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang
lain.
Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.
Pengasas rawatan terapi warna di
"Tidak perlu jumpa bomoh-bomoh," katanya berseloroh. Lalu Prof. Dr. Norhisham menghuraikan rahsia nombor dan kegunaannya hasil kajiannya itu.
1 - Satu
Lambang keunggulan Tuhan. Nombor kemakmuran, keutuhan diri, kekuatan, keberanian dan kekuasaan.
Rumah bernombor 1 akan sentiasa makmur. Tetamu suka datang kerana suasana yang tenteram, damai dan tenang.Kalau orang yang bernaung di bawah nombor ini, dia seorang yang berani. Mempunyai pendirian yang kukuh, memiliki kekuatan fizikal dan mental.
2 - Dua
Nombor ini bersifat pasangan seperti sejuk lawannya panas. Ia simbol pengesahan, penyaksian, perkaitan, syarat menemukan jawapan semula jadi dan jodoh.
Menurut Prof. Dr. Norhisham, bagi seseorang yang sukar mendapat jodoh, berlindunglah di bawah nombor ini. Tidak perlu jumpa dukun atau mandi dibawah jambatan, cukup sekadar mengingati nombor itu.
Untuk lebih mudah, ambil segelas air sejuk mentah atau air kelapa, lebih elok air zam-zam. Tuliskan nombor 2 di luar gelas, memadai menggunakan hujung jari. Kemudian minum, ingat nombor itu dan niatkan dalam hati untuk mendapat pasangan.
"Lakukan tujuh kali atau tujuh hari berturut-turut. Insha-Allah..tak sampai sebulan pasangan yang sesuai akan diperoleh," tambahnya lagi.
3 - Tiga
Rahsia akal, bijaksana, keceriaan, kesuburan, keseimbangan, pembalasan dan penindasan.
Bernaung di bawah nombor ini menjadikan anda seorang yang pintar dan bijaksana. Biasanya apabila hendak melakukan sesuatu pekerjaan akal akan berkata-kata sama ada ia baik atau buruk.
Boleh menjadi pencipta yang baik tetapi bermula dengan kemusnahan. Setelah melalui beberapa kegagalan baru menikmati kejayaan. Tapi kalau putus asa, habislah.Mudah memiliki sesuatu kekayaan, benda, rumah, kereta atau apa sahaja tetapi mudah pula melepaskannya.Pintar menyelesaikan setiap masalah walaupun terlalu rumit. Seorang yang subur, mempunyai anak ramai dan ibu bapa yang baik. Paling penting mereka ini awet muda.
4 - Empat
Nombor ini membawa simbol rupa bentuk, kesempurnaan, kemantapan kedudukan, kewangan dan kehidupan. Lambang kekuasaan, kestabilan dan lengkap. Ia stabil dan tidak mudah di ganggu-gugat atau dipengaruhi.Kekuatan mereka yang bernombor 4 ialah mampu melihat melalui daya imaginasi. Agakan mereka selalunya tepat dan kalau merancang, insha-Allah berhasil. Ramai arkitek, jurutera dan pereka-pereka bernaung di bawah nombor ini.
5 - Lima
Simbol kreatif, intelek, mampu mempengaruhi, pemikir, bijaksana, pengkritik dan tahap intelekual yang tinggi.
Kalau menjadi hakim, dia akan laksanakan tugas dengan bijaksana dan dapat menyelesaikan segala masalah, perbalahan, kerumitan dan kesusahan.
Kekuatannya adalah pada kata-kata. Mampu mempengaruhi orang lain membuat keputusan. Pandai memujuk, merayu supaya pertelingkahan dapat dileraikan.Jika anda tidak mampu membuat keputusan, ingatkan 5, nescaya mudah semuanya.
6 - Enam
Hati-hati dengan 6 jika anda lemah semangat, jangan gunakannya kerana syaitan dan iblis mudah merasuk.
666 adalah lambang syaitan - gandaan kelemahan bagi mereka yang lemah semangat. Tetapi 6666 pula adalah kekuatan dan kesempurnaan kerana ia adalah bilangan ayat al-Quran.Kalau nombor peribadi anda 6, anda suka meramal dan boleh meramal dengan tepat. Mulut masin. Suka pada benda ghaib, boleh melihat dan menembusi alam ghaib.Bagi yang belum kahwin tetapi sudah mempunyai pasangan atau idaman hati cubalah ingatkan 6 dan niatkan pada air seperti nombor 2. Percayalah tidak sampai sebulan niat akan terlaksana.
7 - Tujuh
Inilah nombor paling baik. Selain itu ia juga lambang pembalasan, memerintah, membangkitkan tenaga dalaman, pelindung, pemusnah dan penghalau hantu.
Insha-Allah doa mereka dimakbulkan jika mengulangi 7 kali. Mereka juga bersifat melindungi dan mampu memerintah dengan baik. Nombor ini digunakan untuk menghalau hantu yang meresap di dalam badan.
Caranya mudah - palitkan nombor 7 dengan menggunakan kapur di tempat yang sakit. Ia hanya mujarab dilakukan pada malam 13, 14 dan 15 (bulan penuh). Ataupun pelindung ibu yang sedang sakit bersalin daripada dimasuki iblis.
8 -Lapan
Orang Cina cukup suka nombor ini. Kebanyakan mereka sanggup bayar berpuluh ribu ringgit untuk mendpatkannya - untuk plat kereta atau rumah. Memanglah nombor itu mendorong ke arah menjadi semakin kaya tetapi sampai satu tahap jatuh bankrap.
Sebabnya.. kerana mereka tidak tahu 8 sebenarnya bermaksud penamat kehidupan. Bagaimanapun nombor ini memang baik jika tahu rahsianya iaitu ia mendorong ke arah kekayaan, kemantapan, kehidupan, keadilan, sempurna, lengkap dan akhirnya kematian.
Jika anda tidak tahu rahsia 8, jangan sesekali
9 - Sembilan
NOMBOR ini lambang kebenaran. Kerana itu polis menggunakan 999? Ia juga lambang tenaga yang kuat. Sebab itulah ia disimbolkan sebagai perjuangan, kepahlawanan, peperangan dan pertikaian. Bagaimanapun mereka yang bernaung di bawahnya mudah terlanjur dalam perbuatan dan percakapan atau suka lepas cakap.
Tapi, jangan bimbang..walaupun mudah terlanjur tetapi anda seorang yang cukup sempurna dalam hal ilmu keduniaan. Nombor ini boleh digunakan untuk mencari semula barang yang hilang. Ingat nombor 9, barang yang hilang akan jumpa semula, jika tersalah simpan!Orang yanh paling rapat biasanya bermula dengan huruf R.
10 atau 0
Sombol keabdian Yang Mencipta, Maha Kuasa. Kebesaran yang tidak dapat diukur dengan apa sekali pun. Tidak ada permulaan dan tidak ada pengakhiran - tiada penamat. Ia sentiasa akan berlingkar dalam pusingan yang sama tanpa ada titik akhir.
Satu nombor yang cukup kuat, tidak mampu dikalahkan oleh segala ilmu yang ada. Tidak ada orang bernung dibawahnya. Hanya Pencipta memilikinya.
Menurut Prof. Dr. Norhisham, mengetahui nombor peribadi penting kerana melaluinya kita dapat mengenal diri. Hidup akan lebih teratur, sentiasa berwaspada ketika membuat perhitungan dan insha-Allah. tidak wujud penyesalan.
Kita tidak perlu mencari Tok Piah, Kam tukang tilik, minyak cenduai Batin Yat atau bertemu bomoh fotostat bagi mencari barang hilang. Anda mampu meramal masa depan sendiri, menghalau hantu, mencari pasangan dan mendapat kekayaan.
Semuanya akan menjadi nyata kalau anda tahu apa rahsia nombor peribadi anda. Nak tahu nombor peribadi? Formula secara ringkasnya:
Campurkan tarikh lahir anda. Misalnya 12-12-1969à 1+2+1+2+1+9+6+9 = 31 ( 3+1=4) Jadi nombor peribadi anda adalah 4.
Tetapi itu bukanlah perkiraan yang tepat. Ia hanya anggaran kasar sahaja. Ujian secara rohani diperlukan kerana hanya kita yang tahu rahsia sendiri....
1.Garang
( garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap
kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh... macam
ler dia betul semua, dsb) Lelaki perlu menginsafi diri bahawa
wanita bukan alat untuk melepaskan kemarahan atau perasaan
geram, sebaliknya dihargai dan dilayan dengan lemah-lembut.
2.Ganas
(kaki pukul,dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebabtahu
perempuan bukan lawannya) Lelaki bersikap ganas memang perkara
utama yg dijauhi wanita sebab tak mahu mata biru atau badan lebam-lebam bila dah
kahwin. Tidak kasihankah lelaki pada wanita yang lemah? Wanita
bukan lawan lelaki sebaliknya lelakilah yang patut melindungi wanita.
3.Gementar
(takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan
diri, bergantung pada orang lain,dsb) Contohnya,depan perempuan,
lidah kelu sampai ayat yg dilafaz kan pun tak jelas isi butir. Lelaki perlu
mengatasi rasa gementar.
4.Gabrah
(tak pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan
saja) Perempuan tak suka lelaki yang tiada keyakinan diri atau
cepat panik menghadapi sesuatu perkara.
5.Gentleman tiada
(langsung tak gentle, p entingkan diri sendiri,ambik kesempatan,dsb) Kalau masa bercinta tak gentleman,inikan pula kalau dah kahwin nanti.Lelaki perlulah menghormati wanita selayaknya. Sudah pasti wanita itu
juga akan menghormati lelaki dengan perasaan hormat lagi
6.Gerumal
(bahasa kedah -bohong atau tipu. Suka tipu perempuan untuk
kepentingan diri sendiri. Sekali dua boleh maaf, tapi ni berkali2.) Lelaki tidak boleh menggunakan alasan bohong sunat utk
melepaskan diri sebaliknya belajarlah untuk menjadi jujur dan
bercakap benar dengan wanita.Bukankah berani kerana benar, takut
kerana salah?Jika asyik membohongi wanita, sudah pasti kepercayaannnya kepada anda
akan musnah.
7.Ganggo
(keterlaluan- lembut sangat,pemalu sangat,pendiam sangat,macho
sangat, dll)Perempuan pun naik lemas jika lelaki bersikap
keterlaluan dalam sesuatu hal.Cubalah bersikap sederhana dan mengimbangi
karektor diri anda dengan baik.
8.Gatal
(miang keladi ngan perempuan lain selain dengan isteri)Tak boleh
tengok perempuan dahi licin atau anak dara, mulalah pasang niat
nak mengorat. Anda perlu ingat, kadangkala perempuan berpura2
melayan anda k erana ada udang sebalik batu.Mungkin dia bermata
materialistik dan cintakan duit anda sahaja.
Fahamilah perasaan isteri atau pasangan anda yang mencintai anda
sepenuh hati! Bukankah lebih baik men ggoda isteri sah anda
daripada menggoda perempuan lain yang bukan hak anda.